KUCHING: Dewan Suarah Kuching dan semua yang terdapat di seluruh Sarawak kini berada di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Kerajaan Sarawak memutuskan agar KBS Sarawak akan mengambil alih semua dewansSuarah di negeri ini dari Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak.
“Kini, kementerian saya dalam proses memperoleh peruntukan untuk penyelenggaraan dan pembaikan kompleks ini.
“Usaha ini tidak hanya terbatas di Dewan Suarah Kuching tetapi juga meliputi pusat sivik lain yang terdapat di seluruh Sarawak,” seperti dalam catatan blog miliknya di sini, baru-baru ini.
Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan mendedahkan bahawa kementeriannya masih menjalankan kajian dan perlu menanggung kos untuk menaik taraf dan membaiki sebelum diserahkan kepada Kerajaan Sarawak.
“Kami masih perlu menunggu (untuk mendapatkan dana) dari Kerajaan Sarawak dan tidak mahu melakukannya secara berperingkat kerana sebilangan dari mereka (pusat-pusat sivik) sudah lama.
“Biasanya, jika berkaitan dengan susut nilai, sesuatu perkara perlu diperbaiki atau diganti, ia harus melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dan kita masih dalam proses menyelesaikannya,” katanya.
Terdahulu, Dewan Suarah Kuching yang dianggap sebagai salah satu mercu tanda utama di Kuching dengan menara berbentuk payung futuristik yang menawarkan pemandangan panorama 360 darjah bandar dan sekitarnya.
Selain itu, Dewan Suarah Kuching mula dibuka secara rasmi pada 1 Ogos 1988, berikutan pengisytiharan status Kuching sebagai bandar dan struktur berkubah putihnya juga menempatkan Planetarium Sultan Iskandar yang merupakan planetarium pertama yang dibuka di Malaysia pada 19 Januari 1989.
Oleh JEAKQLEYN YACHO