Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi tiba di Miri hadiri sambutan Maal Hijrah peringkat negeri
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi tiba di Miri hadiri sambutan Maal Hijrah peringkat negeri

Utusan Sarawak 4 hours ago
TIBA…Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi tiba di Miri hari ini bagi menghadiri sambutan Maal Hijrah 1448H/2026M peringkat Sarawak.

MIRI: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, tiba di sini hari ini bagi menghadiri sambutan Maal Hijrah 1448H/2026M Peringkat Sarawak.

Pesawat yang membawa pasangan tersebut mendarat di Lapangan Terbang Miri kira-kira 12.20 tengah hari selepas berlepas dari Terminal Hornbill Skyways, Kuching.

Ketibaan mereka disambut oleh Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin; Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Rosey Yunus; Residen Bahagian Miri, Galong Luang; ketua-ketua kaum dan masyarakat, serta pegawai kanan kerajaan.

Majlis turut diserikan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Imam Bahagian Miri, Ustaz Sharafuddin Suaut.

Sepanjang lawatan rasmi itu, Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah dijadual menghadiri Majlis Bacaan Akhir Tahun 1447H dan Awal Tahun 1448H di Masjid At-Taqwa Miri pada petang tadi.

Turut mengiringi Tun Wan Junaidi ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi bersama isteri, Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin, selaku menteri pengiring.

Hadir sama Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Mereka juga akan menghadiri Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah 1448H/2026M Peringkat Sarawak yang berlangsung di Stadium Tertutup Miri esok.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Projek Jambatan Nanga Belawai perkukuh hubungan darat Kapit
Next: Kesepakatan, perpaduan penting untuk jayakan pembaharuan hijrah – PM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.