Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Komuniti MADANI perlu pastikan rakyat dapat maklumat tepat, sahih – Fahmi
  • NASIONAL

Komuniti MADANI perlu pastikan rakyat dapat maklumat tepat, sahih – Fahmi

Utusan Sarawak 3 hours ago
MENTERI Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berucap pada Program Jiwa Program MADANI dan Penyerahan Watikah Pelantikan Ketua Komuniti MADANI Negeri Kelantan hari ini. – Foto Bernama

KOTA BHARU: Komuniti MADANI di seluruh negara digesa memastikan rakyat menerima maklumat tepat, sahih dan benar mengenai pelbagai usaha serta inisiatif yang dilaksanakan kerajaan.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, peranan tersebut, perlu digalas bersama-sama tanpa bergantung sepenuhnya kepada agensi kerajaan seperti Jabatan Penerangan (JAPEN) dan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM).

Beliau menarik perhatian kepada beberapa kejayaan kerajaan, antaranya jaminan keterjaminan makanan seperti bekalan beras yang mencukupi pada musim perayaan hasil inisiatif Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

“Malah, menerusi Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), barang ‘rare’ minyak masak peket dapat dibeli akhirnya.

“Jadi, inilah antara hasil usaha pemikiran di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang wajib dihebahkan oleh Komuniti MADANI kepada rakyat,” katanya ketika berucap pada program Jiwa MADANI di sini, hari ini. 

Pada majlis itu, Fahmi turut menyampaikan watikah pelantikan Ketua Komuniti MADANI Negeri Kelantan bagi penggal 2026-2027.

Beliau berkata, Kementerian Komunikasi akan menyusun sesi taklimat berkala bagi menyalurkan isu-isu semasa yang perlu difahami dan dilaksanakan oleh komuniti berkenaan.

Selain itu, JAPEN juga diminta memantau prestasi setiap Komuniti MADANI, bagi memastikan mereka berfungsi dengan berkesan dalam menyebarkan maklumat kepada masyarakat setempat.

“Kita juga akan minta JAPEN untuk membuat pemantauan lebih pantas sekiranya ada Komuniti MADANI yang tidak berfungsi, sekiranya ia berlaku, kita akan buat perubahan seperti menggantikan dengan orang lain,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Perbelanjaan pelancongan domestik Malaysia meningkat kepada RM121.3 bilion tahun lepas
Next: Letupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorban

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.