Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • MOT sasar program MyLesen B2 selesai Julai, lebih 30,000 peserta terima manfaat
  • NASIONAL

MOT sasar program MyLesen B2 selesai Julai, lebih 30,000 peserta terima manfaat

Utusan Sarawak 5 hours ago
Anthony Loke

BATU PAHAT: Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyasarkan program MyLesen B2 selesai selewat-lewatnya pada Julai ini bagi memastikan lebih ramai golongan belia memiliki lesen memandu yang sah.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata program itu adalah inisiatif strategik kerajaan untuk memperluas akses kepada pelesenan memandu yang sah, selamat dan berstruktur, khususnya kepada golongan belia serta mereka yang berdepan kekangan kewangan.

Beliau berkata bagi tahun ini, MyLesen B2 menerima peruntukan RM10.5 juta dan dijangka memberi manfaat kepada lebih 30,000 peserta di seluruh negara.

“Kami harapkan ia dapat memenuhi sasaran agar golongan belia ini dapat mematuhi undang-undang sedia ada ketika memandu atau menunggang motosikal,” katanya ketika berucap pada Program Pemerkasaan Belia, Program MyLesen B2 dan MyLesen B2 Sekolah (MyB2S) di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yong Peng di sini hari ini.

Loke berkata Program MyB2S yang dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan melibatkan 60,000 pelajar di seluruh negara dengan peruntukan RM18.5 juta manakala Johor mencatat penyertaan tertinggi, iaitu 8,000 pelajar.

Beliau berkata program itu membolehkan pelajar memperoleh Lesen Belajar Memandu (LDL) sebelum menjalani latihan serta ujian memandu motosikal secara berperingkat bermula dengan fasa amali. – Bernama

Continue Reading

Previous: SPRM, TI terus perkukuh kerjasama perangi rasuah
Next: Perbelanjaan pelancongan domestik Malaysia meningkat kepada RM121.3 bilion tahun lepas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.