Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • BBCON 2026 perkukuh agenda transformasi digital Sarawak
  • TEKNOLOGI

BBCON 2026 perkukuh agenda transformasi digital Sarawak

Utusan Sarawak 4 hours ago
BBCON 2026… Firdaus (tengah), Gan Beng Yoke (kanan) pada sidang media pengumuman Persidangan Blockchain Borneo 2026 (BBCON 2026) di pejabat BESarawak, Plaza Aurora, Kuching, hari ini.

KUCHING: Persidangan Blockchain Borneo 2026 (BBCON 2026) akan kembali pada 18 dan 19 November depan di Hotel Voco oleh IHG, Kuching dengan memberi tumpuan kepada pembangunan bakat digital, inovasi serta kerjasama strategik antara akademia, industri dan kerajaan.

Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak, Profesor Dr. Firdaus Abdullah berkata persidangan itu menjadi platform penting untuk menggalakkan dialog bermakna, perkongsian ilmu serta kolaborasi dalam bidang teknologi digital yang berkembang pesat.

Menurut beliau, BBCON 2026 bukan sekadar menghimpunkan pemain industri dan komuniti teknologi, malah berperanan menghubungkan sektor akademia dengan industri bagi memastikan penyelidikan dan inovasi dapat diterjemahkan kepada penyelesaian yang memberi manfaat kepada masyarakat.

“Persidangan seperti BBCON menyediakan ruang penting untuk pertukaran idea, perkongsian pengetahuan dan kerjasama yang mampu menyokong pembangunan teknologi serta pertumbuhan ekonomi digital,” katanya pada sidang media pengumuman BBCON 2026 di pejabat Business Events Sarawak (BESarawak), Plaza Aurora, hari ini.

Beliau berkata UiTM Sarawak berbesar hati menjadi penganjur bersama rasmi persidangan berkenaan yang menghimpunkan kerajaan, industri, institusi akademik dan komuniti teknologi dalam satu platform kolaboratif.

BBCON 2026… Firdaus (tengah), Gan Beng Yoke (empat kanan) bersama wakil agensi dan rakan strategik pada sidang media pengumuman Persidangan Blockchain Borneo 2026 (BBCON 2026) di pejabat BESarawak, Plaza Aurora, Kuching, hari ini.

Katanya, objektif BBCON 2026 juga selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) serta Pelan Tindakan Ekonomi Digital Sarawak 2030 yang menekankan pembangunan bakat, inovasi, penggunaan teknologi digital dan pertumbuhan berasaskan pengetahuan.

Bertemakan “Dari Visi ke Pelaksanaan: Membina Masa Depan Digital yang Selamat”, BBCON 2026 akan memberi fokus kepada infrastruktur digital dipercayai, kecerdasan buatan (AI) dan kriptografi pasca-kuantum dalam usaha mempercepatkan transformasi digital di Sarawak dan rantau ASEAN.

Persidangan yang dianjurkan oleh Persatuan Teknologi Blockchain Kuching (KBTA) dengan kerjasama UiTM Sarawak dan Metadise Sdn. Bhd. itu dijangka menarik lebih 1,000 peserta dari dalam dan luar negara termasuk pemimpin industri, pembuat dasar, pelabur, penyelidik, syarikat pemula serta pelajar.

Pelbagai program telah dirancang sepanjang persidangan tersebut termasuk sesi ucaptama, forum industri, perkongsian teknikal, pembentangan syarikat pemula serta peluang jaringan profesional yang bertujuan menggalakkan kerjasama dan inovasi dalam ekosistem digital.

Firdaus berkata BBCON 2026 turut mencerminkan komitmen pelbagai pihak dalam memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai hab inovasi dan pembangunan digital yang semakin berkembang di rantau ini.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: Inovasi, AI pacu transformasi sektor awam Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.