Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Mercu tanda baharu kebanggaan penduduk
  • TEMPATAN

Mercu tanda baharu kebanggaan penduduk

Utusan Sarawak 4 years ago
SELAMAT DATANG… Dato’ Sri Nancy Shukri bersama Awla Dris (dua kanan), Suriya Charles Buas (kanan) merakam kenangan berlatar belakang mercu baharu Simunjan, baru-baru ini.

SIMUNJAN: Mercu tanda baharu Daerah Simunjan kini menjadi kebanggaan penduduk di kawasan berkenaan.

Ahli Parlimen Batang Sadong, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata, mercu tanda menimbulkan pelbagai reaksi daripada orang ramai yang memberi maklum balas mengenai reka bentuknya yang menarik dan ia telah direka sendiri oleh pihak Majlis Daerah Simunjan.

Beliau turut berterima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris dan pihak Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) yang telah banyak membantu menyiapkan projek tersebut.

“Terima kasih kepada pihak Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan iaitu Pengarah MOTAC Sarawak, Suriya Charles Buas, yang telah banyak membantu di atas peruntukan yang telah diberi bagi menjalankan projek.

“Masih banyak lagi projek yang belum siap dan peruntukan projek tersebut bukan sahaja di Batang Sadong tetapi di seluruh Negeri Sarawak.

“Terima kasih juga kepada ADUN Simunjan, Awla Dris yang telah banyak membantu memantau projek ini sebelum ia siap,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan struktur tersebut di Simunjan, baru-baru ini.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Daerah Simunjan, Geoffrey Ramji memberitahu, mercu tanda tiga dimensi (3D) itu merupakan yang terbesar di Sarawak dan reka bentuknya menceritakan tarikan yang terdapat di Simunjan.

“Simunjan sangat dikenali ketika musim durian, durian merupakan satu tarikan orang akan datang ke Simunjan.

“Simunjan juga terkenal dengan udang dan buah kristalnya dan Simunjan juga adalah satu daerah yang terletak di kawasan luar bandar yang terkenal dengan hasil nelayan iaitu ikan air tawarnya.

“Jadi apabila melihat kepada mercu tanda 3 Dimensi (3D) ini, ia sedikit sebanyak terus memberi gambaran apa yang terdapat di Daerah Simunjan,”katanya.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris, Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia Sarawak, Suriya Charles Buas.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: Fasa pertama Taman Perindustrian Sematan siap hujung tahun ini
Next: Rh. Danggang terima bekalan makanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.