Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pemangkin STEM 2026 jadi platform ekosistem pendidikan STEM luar bandar
  • PENDIDIKAN

Pemangkin STEM 2026 jadi platform ekosistem pendidikan STEM luar bandar

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATO Sri Roland Sagah Wee Inn ketika berucap merasmikan Pemangkin STEM 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padawan, hari ini. Foto Adele Rissa 

PADAWAN: Pemangkin STEM 2026 kini berkembang sebagai platform ekosistem pendidikan STEM bersepadu yang menghubungkan pelajar luar bandar dengan pelbagai peluang pembelajaran berasaskan teknologi di Sarawak.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, program itu yang bermula sebagai inisiatif jangkauan pendidikan tiga tahun lalu kini berkembang secara terancang menjadi platform penglibatan langsung pelajar dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

“Transformasi itu tidak berlaku secara kebetulan sebaliknya dirancang bagi membina sistem sokongan pendidikan STEM yang lebih menyeluruh.

“Pemangkin STEM lebih daripada sekadar program, ia adalah platform yang menghubungkan, memperkasa dan menyokong usaha bersama kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pemangkin STEM 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padawan, di sini hari ini.

DATO Sri Roland Sagah Wee Inn ketika melawat reruai pameran serta menyertai aktiviti interaktif sempena Pemangkin STEM 2026 di SMK Padawan, hari ini. Foto Adele Rissa

Menurutnya, platform itu turut membuka akses kepada pembelajaran digital, pengekodan dan kecerdasan buatan melalui kerjasama pelbagai pihak termasuk sektor pendidikan dan industri.

Tambah beliau, Pemangkin STEM 2026 berfungsi sebagai penyelaras kepada Rangka Kerja Literasi STEM yang digunakan untuk menilai keberkesanan program pendidikan STEM di negeri ini.

Jelasnya, pendekatan itu membolehkan pencapaian pelajar, penglibatan, kesiapsiagaan guru dan tahap akses pendidikan diukur secara lebih sistematik.

“Dengan cara ini, keberkesanan pelbagai inisiatif STEM yang dilaksanakan oleh kami dan rakan strategik dapat diukur,” ujarnya.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: Sarawak perluas akses pendidikan tinggi percuma melalui FTES dalam 64 bidang terpilih
Next: KPM jamin SJKT, SKJC tidak ditutup di bawah Kerajaan MADANI

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.