Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tiada ACD di Penjara Pusat Sibu
  • TEMPATAN

Tiada ACD di Penjara Pusat Sibu

Utusan Sarawak 4 years ago
TURUN PADANG… Dr. Annuar Rapa’ee (kiri) mendengar penerangan dari Hamad Seman (dua, kiri) ketika berada di luar Penjara Pusat Sibu, semalam.

SIBU: Tidak ada operasi pengesanan kes aktif (ACD) dalam kalangan tahanan tetap di Penjara Pusat Sibu berikutan 42 kes positif yang dikesan di penjara tersebut hanya melibatkan tahanan baharu, kata Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) Dr. Annuar Rapa’ee.

Jelasnya, kes positif hanya melibatkan tahanan baharu yang sedang dalam proses peralihan (transit) sebelum mereka ditempatkan di dalam penjara utama.

“Mereka tidak berhubungan rapat dengan tahanan tetap kerana mereka ditempatkan di pusat transit.

“Mereka terpisah dari tahanan tetap,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar penjara di Jalan Awang Ramli Amit, semalam.

Jelasnya lagi, Prosedur Operasi Standard (SOP) di penjara memerlukan banduan baru menjalani ujian calitan sebelum mereka ditempatkan dalam penjara utama.

Ini untuk memastikan mereka bebas dari Covid-19 dan tidak akan menyebabkan penularan wabak berkenaan di penjara, kata Menteri Muda Kesihatan Awam itu lagi.

“42 kes positif dikesan pada pemeriksaan kedua mereka. Pemeriksaan pertama mereka negatif.

“Enam dari mereka dibawa ke Hospital Sibu setelah dinilai oleh doktor. Selebihnya akan dikuarantin di penjara dan mereka akan dipantau oleh pasukan kesihatan dari hospital,” katanya.

Beliau juga menambah bahawa penjara akan berhenti menerima banduan baru buat masa ini.

“Banduan baru akan ditempatkan sementara di lokap polis,” katanya.

Sementara itu, pengarah Penjara Sibu Hamad Seman berkata bahawa mereka dijangka akan menerima empat kabin baru tidak lama lagi untuk menempatkan kes positif.

Kabin disumbangkan oleh Kerajaan Sarawak, katanya.

Continue Reading

Previous: Persekolahan hari pertama berjalan lancar
Next: Demi wang sanggup jadi keldai dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.