Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak kekal benteng keharmonian, contoh perpaduan negara
  • TEMPATAN

Sarawak kekal benteng keharmonian, contoh perpaduan negara

Utusan Sarawak 2 days ago
AMANAT…Dato Sri John Sikie Tayai ketika berucap pada Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Ke-17 Peringkat Sarawak 2026 di Dewan Panglima Rentap, Betong, hari ini. Foto: UKAS

BETONG: Sarawak akan terus mempertahankan nilai toleransi, kesederhanaan dan saling menghormati yang menjadi asas kekuatan negeri ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, aspirasi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dalam memperkukuh perpaduan nasional selari dengan amalan masyarakat Sarawak yang sekian lama hidup dalam suasana harmoni walaupun berbeza kaum, agama dan budaya.

Menurut beliau, rakyat Sarawak bukan sahaja mengamalkan toleransi, malah hidup dalam keadaan saling bekerjasama dan menghormati dalam kehidupan seharian.

Katanya, keharmonian yang dinikmati hari ini Adalah hasil usaha berterusan semua pihak dalam memelihara persefahaman, rasa hormat dan semangat muafakat.

KENANGAN…Dato Sri John Sikie Tayai bersama tetamu kehormat yang lain merakam gambar kenangan pada Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Ke-17 Peringkat Sarawak 2026 di Dewan Panglima Rentap, Betong, hari ini. Foto: UKAS

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai pada Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Ke-17 Peringkat Sarawak 2026 di Dewan Panglima Rentap, Betong, hari ini.

Abang Johari berkata, majlis yang menghimpunkan pelbagai agama dan lapisan masyarakat itu mencerminkan kekuatan sebenar Sarawak sebagai negeri yang berjaya mengekalkan perpaduan dalam kepelbagaian.

Beliau berkata, masyarakat Sarawak terus hidup aman dan bersatu walaupun terdiri daripada pelbagai latar belakang, selaras dengan hasrat Yang di-Pertuan Agong untuk melihat rakyat Malaysia hidup sebagai satu keluarga besar yang saling menghormati.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan agar isu sensitif berkaitan agama, kaum dan institusi diraja (3R) tidak dimanipulasi bagi kepentingan tertentu sehingga boleh menjejaskan keharmonian dan kestabilan yang dikecapi selama ini.

 KENANGAN…Dato Sri John Sikie Tayai bersama tetamu kehormat yang lain merakam gambar kenangan pada Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Ke-17 Peringkat Sarawak 2026 di Dewan Panglima Rentap, Betong, hari ini. Foto: UKAS

Menurutnya, pemilihan Betong sebagai tuan rumah sambutan rasmi tahun ini turut mencerminkan kepelbagaian masyarakat serta amalan toleransi di Sarawak.

Katanya, kewujudan masjid, gereja dan kuil yang berdiri berdekatan antara satu sama lain di kawasan tersebut menunjukkan amalan saling menghormati yang diamalkan oleh masyarakat setempat sejak sekian lama.

“Kerajaan Sarawak akan terus melaksanakan usaha untuk memelihara keharmonian antara kaum dan agama menerusi pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang,” katanya.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Inovasi pelajar Swinburne tampil cemerlang dalam pameran projek akhir
Next: AirBorneo catat kemajuan lebih stabil selepas pesawat kembali beroperasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.