Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kesedaran keselamatan kebakaran diperkasa di rumah panjang
  • Tengah
  • WILAYAH

Kesedaran keselamatan kebakaran diperkasa di rumah panjang

Utusan Sarawak 4 days ago
ANTARA pengisian program di Rumah James Asang, Ulu Pedanum, semalam. Foto BBP Bintangor

PAKAN: Usaha meningkatkan kesedaran mengenai pencegahan kebakaran dalam kalangan penduduk rumah panjang terus diperkasakan menerusi penganjuran program ceramah keselamatan dan demonstrasi pemadaman kebakaran di Rumah James Asang, Ulu Pedanum, semalam.

Program yang melibatkan 43 pintu rumah panjang tersebut dikendalikan oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin bersama dua anggota bomba.

Menurut Mahmudin, pendedahan awal mengenai aspek keselamatan kebakaran amat penting bagi membantu masyarakat memahami tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan.

“Kesedaran dan pengetahuan mengenai keselamatan kebakaran perlu sentiasa dipertingkatkan kerana kebanyakan kebakaran boleh dicegah jika langkah keselamatan diamalkan dengan betul.

ANTARA pengisian program di Rumah James Asang, Ulu Pedanum, semalam. Foto BBP Bintangor

“Penduduk juga perlu mengetahui cara bertindak dengan cepat dan selamat sekiranya berlaku kebakaran bagi mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan harta benda,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, program tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada penduduk mengenai langkah pencegahan kebakaran serta penggunaan peralatan keselamatan yang betul.

Antara pengisian program ialah taklimat ringkas berkaitan kesedaran keselamatan kebakaran di premis kediaman, pengenalan alat pemadam api dan tatacara penggunaannya.

Selain itu, peserta turut diberikan penerangan mengenai kaedah pengendalian kebakaran melibatkan dapur memasak yang sering menjadi antara punca kebakaran di kediaman.

ANTARA pengisian program di Rumah James Asang, Ulu Pedanum, semalam. Foto BBP Bintangor

Bagi meningkatkan kefahaman peserta, pasukan bomba turut mengadakan demonstrasi pemadaman kebakaran menggunakan alat pemadam api.

“Pendekatan secara praktikal mampu membantu penduduk memahami teknik pemadaman kebakaran dengan lebih berkesan berbanding penerangan secara teori semata-mata.

“Program seperti ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan masyarakat sentiasa peka terhadap aspek keselamatan kebakaran.

“Saya berharap ilmu dan pengetahuan yang diperoleh menerusi program ini dapat dimanfaatkan oleh penduduk dalam usaha mewujudkan persekitaran yang lebih selamat di rumah panjang,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa memastikan pendawaian elektrik berada dalam keadaan baik dan mengamalkan langkah keselamatan ketika menggunakan peralatan memasak bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek tebingan sungai baharu pacu pembangunan Sarikei
Next: Premier Sarawak dijangka rasmi Masjid Kampung Tebaang pada 17 Julai depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.