Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • CDC aktifkan tindak balas kecemasan susulan wabak ‘screwworm’ dalam ternakan
  • GLOBAL

CDC aktifkan tindak balas kecemasan susulan wabak ‘screwworm’ dalam ternakan

Utusan Sarawak 6 hours ago
GAMBAR hiasan.

ANKARA: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat mengaktifkan tindak balas kecemasan rasmi susulan penularan ‘screwworm’ selepas lalat parasit itu dikesan menjejaskan lembu buat pertama kali dalam beberapa dekad, lapor Anadolu Ajansi yang memetik media tempatan hari ini.

Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia AS mengesahkan langkah itu, menurut laporan akhbar The Hill.

Jabatan Pertanian AS mengetuai usaha menangani wabak dalam sektor haiwan dengan memantau lembu dan ternakan lain, selain melepaskan lalat mandul bagi membantu mengekang penyebaran ‘screwworm’.

CDC memaklumkan yang pihaknya sedang membuat persediaan bagi menghadapi kemungkinan pendedahan kepada manusia, walaupun setakat ini tiada kes jangkitan terhadap manusia dilaporkan.

Setiausaha Pertanian AS Brooke Rollins menyifatkan tindakan itu sebagai sebahagian daripada respons menyeluruh kerajaan.

“CDC hanyalah satu lagi langkah ke arah yang betul yang membolehkan kami menggerakkan lebih banyak sumber di peringkat persekutuan,” kata Rollins kepada wartawan di Texas.

Menurut laporan itu, sekurang-kurangnya enam kes ‘screwworm’ dikesan dalam kawanan lembu di AS dan satu kes melibatkan kambing di Texas, manakala seekor anjing di New Mexico turut didapati dijangkiti parasit berkenaan.

Pegawai kesihatan berkata risiko kepada manusia masih terhad kepada kawasan yang mempunyai populasi lalat ‘screwworm’, khususnya bagi individu yang mempunyai luka terbuka atau mereka yang sering berada berhampiran ternakan.

‘Screwworm’ berjaya dihapuskan di Amerika Syarikat pada 1960-an, walaupun beberapa wabak terpencil pernah berlaku selepas itu. Wabak terbaharu di AS berlaku di Florida antara 2016 hingga 2017 dan berjaya dibendung menerusi tindakan bersepadu melibatkan pihak berkuasa persekutuan, negeri dan tempatan.

Menurut laporan itu, parasit berkenaan masih endemik di Cuba, Haiti, Republik Dominica serta beberapa kawasan di Amerika Selatan. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Kebakaran cetus pengosongan terminal utama Lapangan Terbang Wellington

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.