Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Laluan Sibu–Tanjung Manis: Pembaikan selesai, penurapan bermula esok
  • Tengah
  • WILAYAH

Laluan Sibu–Tanjung Manis: Pembaikan selesai, penurapan bermula esok

Utusan Sarawak 7 hours ago
KERJA MEMBAIKPULIH…Kerosakan di Jalan Q225-1 Sibu–Bawang Assan/Serdeng (KM20+809) menghubungkan laluan Sibu-Tanjung Manis telah siap dilaksanakan hari ini.

SIBU: Kerja membaik pulih kerosakan jalan di KM20+809, Jalan Q225-1 Sibu–Bawang Assan/Serdeng yang menghubungkan laluan Sibu–Tanjung Manis, telah siap dilaksanakan hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Dr Safiee Ahmad berkata, hanya kerja penurapan jalan di kawasan terjejas yang dijadualkan dilaksanakan esok.

Menurutnya, laluan berkenaan kini boleh dilalui semua jenis kenderaan, namun pengguna jalan raya dinasihatkan supaya memandu dengan berhati-hati.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sibu yang telah mengambil tindakan pantas menyelesaikan masalah ini.

“Terima kasih juga kepada PPES Works (Sarawak) Sdn Bhd selaku kontraktor penyelenggaraan jalan yang telah melaksanakan kerja pembaikan dengan segera,” katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak, hari ini.

Terdahulu, kerosakan jalan di lokasi tersebut tular di media sosial.

Dr Safiee berkata, beliau telah turun padang meninjau sendiri lokasi kejadian bersama pegawai JKR Bahagian Sibu pagi tadi bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai tahap kerosakan yang berlaku.

Katanya, pihak JKR turut mengambil langkah segera dengan memasang papan tanda amaran serta peralatan keselamatan di kawasan terjejas bagi memastikan pengguna jalan raya lebih berwaspada.

“Kerja pembaikan telah dilaksanakan serta-merta dan berjaya disiapkan hari ini. Hanya kerja penurapan jalan yang akan diteruskan esok bagi melengkapkan proses pembaikan,” jelasnya.

Pada masa sama, beliau merakamkan penghargaan kepada pihak media dan pengguna media sosial yang berkongsi maklumat mengenai keadaan jalan tersebut.

Menurutnya, penyebaran maklumat berkenaan membantu memberi amaran awal kepada orang ramai, khususnya pengguna yang kerap menggunakan laluan Sibu-Tanjung Manis.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Milton Foo gesa tindakan susulan aduan air paip keruh di Kuching
Next: APM Sri Aman selamatkan kucing terperangkap di siling rumah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.