Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Gabungan Malaysia-Indonesia hidupkan Teater Tarian Kuching Hitam
  • HIBURAN

Gabungan Malaysia-Indonesia hidupkan Teater Tarian Kuching Hitam

Utusan Sarawak 8 hours ago
PENGARAH dan penulis skrip teater Tarian Kucing Hitam Mohd Diani Kasian (dua, kanan) bergambar sempena pementasan teater tersebut di Panggung Seni Panggung Seni baru-baru ini. Turut hadir penyanyi teater Jibam Ramlee (dua, kiri). Foto BERNAMA

BANGI: Kolaborasi seni antara Malaysia dan Indonesia terus diperkukuh menerusi pementasan Teater Tarian Kucing Hitam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 10 Jun lepas, menyaksikan 35 penggiat seni dari kedua-dua negara berpadu tenaga menghidupkan sebuah naratif rentas budaya.

Melalui gabungan gerak tari, lakonan dan muzik, pementasan itu membawa penonton menyelami kisah cinta, pengkhianatan serta dendam, menyerlahkan kepentingan seni sebagai medium diplomasi antara dua negara serumpun.

KEBIASAANNYA, kucing sering dikaitkan dengan sifatnya yang manja, jinak dan menjadi haiwan peliharaan disayangi. Namun, di pentas Teater Tarian Kucing Hitam, haiwan itu membawa simbolik kepada sifat manusia yang berlapis, apabila kucing dijadikan metafora kepada watak-watak yang memiliki sisi baik dan gelap, sama seperti kehidupan sebenar masyarakat. Foto BERNAMA

Pengarah yang juga penulis skrip teater itu Mohd Diani Kasian berkata pementasan tersebut antara lain bertujuan menyatukan dua buah masyarakat yang memiliki budaya hampir sama menerusi seni. 

“Kita ini serumpun, tidak jauh berbeza,” katanya ketika ditemui di pementasan Teater Tarian Kucing Hitam, di sini semalam.

KEBIASAANNYA, kucing sering dikaitkan dengan sifatnya yang manja, jinak dan menjadi haiwan peliharaan disayangi. Namun, di pentas Teater Tarian Kucing Hitam, haiwan itu membawa simbolik kepada sifat manusia yang berlapis, apabila kucing dijadikan metafora kepada watak-watak yang memiliki sisi baik dan gelap, sama seperti kehidupan sebenar masyarakat. Foto BERNAMA

Pementasan berdurasi 30 minit itu menampilkan pelakon antaranya Azhar Jalil, Raden Puspita Ningrum dan Syilva Anil Hawa yang masing-masing membawa watak utama sebagai Farouk, Juwita dan Sarah, sementara watak kucing hitam pula dilakonkan oleh antaranya Dr Alfian S Siagian dan Said M Hasan Alasyairi.

Mohd Diani yang lebih dikenali sebagai Bung Kancil, berkata persembahan itu turut menggabungkan elemen tradisional dan moden, iaitu tarian rampaian dari Indonesia seperti jaipong yang dipersembahkan oleh Sanggar Obor Sakti, Bogor serta unsur wayang orang.

KEBIASAANNYA, kucing sering dikaitkan dengan sifatnya yang manja, jinak dan menjadi haiwan peliharaan disayangi. Namun, di pentas Teater Tarian Kucing Hitam, haiwan itu membawa simbolik kepada sifat manusia yang berlapis, apabila kucing dijadikan metafora kepada watak-watak yang memiliki sisi baik dan gelap, sama seperti kehidupan sebenar masyarakat. Foto BERNAMA

Menariknya, pelakon dan penari hanya menjalani latihan secara fizikal selama kira-kira dua hari sebelum pementasan, menyusuli persediaan yang dilakukan secara dalam talian sebelum ini.

Sementara itu, Alfian S Siagian berkata tempoh persediaan yang singkat tersebut memberikan cabaran tersendiri kepada pelakon. 

“Sepatutnya pelakon ada masa latihan yang panjang, tetapi kali ini tempoh persediaan agak singkat. Jadi, kami perlu menyesuaikan diri sesama kami dengan cepat,” katanya.

KEBIASAANNYA, kucing sering dikaitkan dengan sifatnya yang manja, jinak dan menjadi haiwan peliharaan disayangi. Namun, di pentas Teater Tarian Kucing Hitam, haiwan itu membawa simbolik kepada sifat manusia yang berlapis, apabila kucing dijadikan metafora kepada watak-watak yang memiliki sisi baik dan gelap, sama seperti kehidupan sebenar masyarakat. Foto BERNAMA

Mengulas watak yang dimainkannya, beliau berkata karakter kucing hitam dalam pementasan berkenaan digambarkan sebagai entiti yang membawa unsur kejahatan dengan menggoda manusia, termasuk mendorong kepada tindakan berisiko seperti pembunuhan.

“Kucing-kucing ini (kucing hitam) akan bertindak seperti syaitan, menggoda manusia. Tetapi mesej utamanya ialah manusia ada nafsu, dan semua itu boleh diselesaikan apabila ada iman,” katanya, menambah teater itu akan dipentaskan di Auditorium Soe Hok Gie Universiti Indonesia pada 18 Oktober depan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Nadhif Basalamah sifatkan muzik medium rapatkan hubungan Malaysia-Indonesia
Next: Taylor Swift wanita termuda dalam ‘Songwriters Hall of Fame’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.