Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Operasi SAR masih diteruskan cari mangsa hilang di Sungai Baram, Long Miri
  • Utara
  • WILAYAH

Operasi SAR masih diteruskan cari mangsa hilang di Sungai Baram, Long Miri

Utusan Sarawak 10 hours ago
SAR DITERUSKAN…Pasukan SAR meneruskan mencari mangsa hilang di Sungai Baram, Kampung Long Miri yang hilang di Sungai ketika mandi. Foto APM Telang Usan

MARUDI: pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih giat menjalankan operasi bagi mengesan seorang mangsa yang hilang di Sungai Baram, Kampung Long Miri, susulan insiden yang berlaku pada 6 Jun lalu.

Operasi pencarian yang memasuki fasa berterusan itu turut melibatkan beberapa agensi keselamatan, dengan tumpuan diberikan di kawasan sekitar sungai berkenaan.

Menurut isteri mangsa, Susana Asong, 30, dari Kampung Long Miri, suaminya, Maxwell Laing Michael, 37, berketurunan Kayan dari Kampung Long Ikang, Baram, dilaporkan hilang di Sungai Baram ketika mereka sedang mandi-manda pada hari kejadian sekitar 3.50 petang.

Katanya, beliau serta penduduk kampung lain melihat mangsa tenggelam di tengah sungai dengan keadaan tangan terkapai-kapai sebelum mangsa tidak lagi timbul ke permukaan air.

Beliau berkata, mangsa tidak pandai berenang dan orang kampung segera diminta membantu usaha pencarian menggunakan perahu sejurus selepas kejadian tersebut.

Isteri mangsa telah melaporkan kejadian tersebut pada di Balai Polis Long Lama.  Pada hari berkenaan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Long Lama telah melaksanakan pemantauan di laluan sungai, manakala pihak bomba menjalankan operasi melalui laluan darat dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi, Lt. (PA) Mirwan Shah Masri memaklumkan bahawa pasukan SAR meneruskan operasi pencarian mangsa dengan radius pencarian antara 1 hingga 6 kilometer di kawasan hilir Sungai Baram.

Katanya, setakat ini mangsa masih belum ditemui dan operasi pencarian disambung semula hari ini melibatkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Marudi, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Marudi serta penduduk kampung.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Usaha berterusan salur pampasan kepada penduduk terjejas lonjakan elektrik Sin San Tu
Next: Jambatan keluli RM600,000 bakal ubah kehidupan penduduk Rh Peter Anthony

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.