Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Dorsett, Tourism Malaysia lancar kempen diskaun penginapan hotel hingga 30 peratus
  • NASIONAL

Dorsett, Tourism Malaysia lancar kempen diskaun penginapan hotel hingga 30 peratus

Utusan Sarawak 4 hours ago
KEMPEN ‘Jom Cuti! Bersama Wira & Manja’ menawarkan diskaun penginapan hingga 30 peratus di 13 hotel Dorsett di seluruh negara bagi menggalakkan pelancongan domestik sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia berpeluang menikmati diskaun penginapan hingga 30 peratus, serta sajian makanan istimewa dan pengalaman percutian mesra keluarga di 13 hotel Dorsett di seluruh negara bermula hari ini hingga 31 Disember depan menerusi kempen ‘Jom Cuti! Bersama Wira & Manja’.

Kempen yang dilancarkan hari ini melalui kerjasama Tourism Malaysia dan Dorsett Hotels Malaysia di bawah tema Cuti-Cuti Malaysia ‘Destinasi Indah, Harga Rahmah’ itu bertujuan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia melancong di dalam negara, di samping menyokong agenda Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).

Ketua Pengarah Tourism Malaysia Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim berkata pelancongan domestik kekal sebagai tulang belakang industri pelancongan negara, merangsang permintaan perjalanan, memacu ekonomi tempatan serta memperkukuh ekosistem pelancongan secara menyeluruh.

Beliau berkata pelancongan domestik sentiasa memainkan peranan penting dalam mengekalkan kelangsungan industri, terutama ketika krisis, seperti selepas pandemik COVID-19 apabila pelancong domestik membantu mengisi bilik hotel.

“Kita melihat corak yang sama sekali lagi ketika ketegangan geopolitik baru-baru ini, apabila permintaan domestik terus menyokong kadar penginapan hotel. Ketika TMM2026 memasuki pertengahan tahun, saya yakin lebih banyak hotel akan memperkenalkan kempen promosi seperti ini pada masa depan,” katanya ketika majlis pelancaran kempen tersebut di sini hari ini.

Selain itu, Mohd Amirul berkata akan menyusul pengumuman khas daripada rakan syarikat penerbangan dalam masa terdekat ini bagi menyokong dan memperkukuh kempen pelancongan domestik, dengan butiran lanjut akan diumumkan kemudian oleh syarikat penerbangan masing-masing.

Beliau turut memaklumkan Malaysia menerima 10.6 juta pelawat dalam suku pertama 2026, iaitu peningkatan sebanyak 5.4 peratus berbanding tempoh sama pada 2025.

Sementara itu, Naib Pengerusi Dorsett Malaysia Datin Jasmine Heng menyifatkan kerjasama itu sebagai inisiatif bermakna bagi menggalakkan penerokaan destinasi tempatan serta mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Beliau berkata kempen itu bertujuan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mencipta kenangan bermakna sambil menerokai destinasi di seluruh negara, disokong pula oleh tawaran hospitaliti dan pakej promosi eksklusif kumpulan hotel berkenaan.

Menerusi kempen itu, tetamu berpeluang menikmati diskaun 30 peratus bagi kadar bilik, baucar makan bernilai RM50 serta pengalaman penginapan selama 26 jam dengan kemudahan daftar keluar lewat tertakluk kepada ketersediaan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Subsidi bahan api Malaysia melonjak kepada RM7.5 bilion pada April susulan konflik Asia Barat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.