Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Empat program pemvaksinan haiwan dirancang di Tatau tahun ini
  • Utara
  • WILAYAH

Empat program pemvaksinan haiwan dirancang di Tatau tahun ini

Utusan Sarawak 5 hours ago
CALVIN Ligong mempengerusikan Mesyuarat Kolaborasi Bersama Jabatan dan Agensi bagi memperkukuh usaha pencegahan dan kawalan rabies di Daerah Tatau.

TATAU: Sebanyak empat program pemvaksinan haiwan dirancang untuk dilaksanakan di Daerah Tatau tahun ini bagi memperkukuh usaha pencegahan dan kawalan rabies.

Pegawai Veterinar Jabatan Veterinar Bintulu, Dr Siong Jing Jing berkata, dua program telah dilaksanakan di Pekan Tatau dan Sangan.

“Selain itu, dua lagi akan diadakan di Data Kakus dan Nanga Tau dalam masa terdekat,” katanya pada Mesyuarat Kolaborasi Bersama Jabatan dan Agensi Dalam Menangani Wabak Rabies di Daerah Tatau yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Tatau di sini, hari ini.

Sementara itu, Pegawai Daerah Tatau, Calvin Ligong Bujang @ Endawie berkata, kerjasama erat antara jabatan, agensi kerajaan, pemimpin masyarakat dan penduduk setempat penting bagi memastikan penularan rabies dapat dikawal dengan berkesan.

Menurut beliau, kesedaran awam mengenai bahaya rabies dan tanggungjawab pemilik haiwan peliharaan perlu terus dipertingkatkan terutamanya berikutan kes kematian pertama akibat penyakit itu yang direkodkan di daerah berkenaan.

“Kes kematian pertama akibat rabies yang direkodkan di Daerah Tatau harus dijadikan pengajaran kepada semua pihak agar tidak memandang ringan ancaman penyakit ini,” katanya.

Dalam taklimat berasingan, Pegawai Epidemiologi Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu, Dr Nurul Amirah Masani memaklumkan sebanyak 73 kes gigitan haiwan direkodkan di Daerah Tatau setakat tahun ini.

Justeru, beliau turut menggesa orang ramai supaya mendapatkan rawatan segera selepas digigit haiwan bagi mengurangkan risiko jangkitan rabies.

Mesyuarat itu turut dihadiri wakil pelbagai agensi termasuk Pejabat Residen Bintulu, Ibu Pejabat Polis Daerah Tatau, Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Jabatan Veterinar Bintulu, Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu serta ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK).

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Program STAR perangi dadah di Saratok Ahad ini, libatkan pelbagai agensi dan komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.