Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • ASEAN perlu satu suara realisasikan grid tenaga serantau
  • TEKNOLOGI

ASEAN perlu satu suara realisasikan grid tenaga serantau

Utusan Sarawak 4 hours ago
DITEMUI MEDIA…Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika ditemui media selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Hidrogen Hijau Asia Pasifik (APGH) 2026 di sini, hari ini. Foto: Nadya Victoria

KUCHING: Penghantaran tenaga dari Laos ke Singapura serta cadangan Sarawak untuk membekalkan tenaga ke Indonesia, Filipina dan Singapura masih belum dapat direalisasikan sepenuhnya kerana ketiadaan mekanisme pelaksanaan dan kerangka kerja ASEAN yang jelas.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, walaupun pelbagai cadangan kesalinghubungan tenaga telah dibangkitkan di peringkat serantau, usaha tersebut masih berdepan kekangan kerana tiada satu sistem atau struktur pelaksanaan yang dipersetujui bersama oleh semua negara anggota.

“Memang terdapat cadangan daripada Laos ke Singapura dan juga cadangan daripada kita untuk membekalkan tenaga ke Indonesia, Filipina dan seterusnya ke Singapura.

“Tetapi sehingga kini, belum ada mekanisme yang jelas mengenai bagaimana kesalinghubungan itu hendak dilaksanakan serta satu kerangka kerja yang boleh diterima oleh semua negara anggota,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Hidrogen Hijau Asia Pasifik (APGH) 2026 di sini, hari ini.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan aspirasi membangunkan Grid ASEAN yang menyeluruh masih memerlukan penelitian lanjut, khususnya dari segi model pelaksanaan dan penyelarasan dasar rentas sempadan.

Bagaimanapun, Sarawak terus mengorak langkah melalui kerjasama dua hala dengan beberapa negara jiran sebagai asas kepada jaringan tenaga serantau yang lebih luas pada masa depan.

Katanya, Sarawak melalui Sarawak Energy Berhad (SEB) kini sudah membekalkan tenaga elektrik ke Kalimantan Timur, Indonesia, selain merancang memperluaskan eksport ke Brunei dan Singapura.

Dalam pada itu, beliau berkata Sarawak berada pada kedudukan strategik untuk memainkan peranan lebih besar dalam keselamatan tenaga rantau ini, susulan kapasiti penjanaan yang dijangka meningkat kepada 10 gigawatt (GW) menjelang 2030, berbanding keperluan domestik sekitar 6GW.

“Ini bermakna kita masih mempunyai lebihan kapasiti sekitar 3GW,” jelasnya.

Beliau turut mencadangkan agar ASEAN meneliti model Kesatuan Eropah (EU) sebagai rujukan dalam membangunkan rangka kerja grid tenaga rentas sempadan yang lebih tersusun dan berdaya tahan.

Lebihan kapasiti itu, katanya, berpotensi mengukuhkan lagi peranan Sarawak sebagai hab tenaga hijau serantau sekiranya kerangka ASEAN yang sesuai dapat dimuktamadkan.

Oleh Norman B

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: Sarawak pacu revolusi hidrogen, perkukuh kedudukan sebagai hab tenaga hijau serantau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.