Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Anak syarikat Duopharma peroleh kontrak bekalan insulin KKM bernilai RM155.3 juta
  • BISNES

Anak syarikat Duopharma peroleh kontrak bekalan insulin KKM bernilai RM155.3 juta

Utusan Sarawak 3 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Duopharma Biotech Bhd, Duopharma (M) Sdn Bhd (DMSB) mendapat kontrak bernilai RM155.28 juta daripada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk membekalkan produk insulin manusia rekombinan dan pen insulin guna semula kepada kemudahan penjagaan kesihatan kerajaan.

Syarikat farmaseutikal itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini memaklumkan DMSB telah menerima dan bersetuju dengan surat lantikan (LOA) daripada kerajaan untuk kontrak selama tiga tahun bermula 3 Jun 2026 dan berakhir pada 2 Jun 2029.

“Kontrak itu adalah sebahagian daripada aktiviti perniagaan biasa kumpulan syarikat Duopharma Biotech dan akan membolehkan DMSB membekalkan produk itu kepada kemudahan di bawah KKM.

“Dengan anggaran 4.75 juta pesakit diabetes di Malaysia, dan kira-kira 450,000 pesakit menerima rawatan menggunakan insulin manusia rekombinan di hospital dan klinik kerajaan, DMSB berharap dapat membantu menambah baik pengurusan diabetes di negara ini melalui penyediaan insulin biosimilar berkualiti tinggi dan berkesan dari segi kos,” menurutnya.

Duopharma memaklumkan, di bawah kontrak itu, DMSB perlu menyediakan bon prestasi tidak boleh batal sebanyak RM2.59 juta dalam tempoh 30 hari selepas menerima LOA.

Menurutnya antara faktor risiko adalah pelaksanaan berkaitan logistik penyimpanan, pengangkutan dan penghantaran, perubahan dalam persekitaran ekonomi, politik dan kawal selia serta risiko operasi seperti kekurangan bahan mentah dan tenaga kerja mahir.

Menurutnya tiada pengarah, pemegang saham utama atau individu yang mempunyai kaitan dengan mereka mempunyai sebarang kepentingan langsung atau tidak langsung dalam kontrak itu. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: ASNB perkasa kemudahan zakat melalui kaedah kolektif Al-Mustaghallat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.