Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Naik taraf i-CATS ke universiti penuh dalam penelitian KPT
  • PENDIDIKAN

Naik taraf i-CATS ke universiti penuh dalam penelitian KPT

Utusan Sarawak 3 hours ago
MENTERI Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir ketika ditemui media selepas majlis Peluncuran Program MySiswa@Job on Campus di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), hari ini. Foto Adele Rissa 

KOTA SAMARAHAN: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyatakan kesediaan untuk berbincang dan bekerjasama dengan kerajaan Sarawak berhubung cadangan menaik taraf Kolej Universiti i-CATS kepada status universiti penuh.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir berkata, kementeriannya melihat perkembangan i-CATS sebagai positif serta berpotensi untuk terus diperkukuh dalam landskap pendidikan tinggi negara.

“Usaha kerajaan Sarawak memperkukuh institusi pendidikan tinggi di negeri ini mencerminkan komitmen yang jelas terhadap pembangunan modal insan.

“Daripada segi pembangunan dan operasi, i-CATS telah menunjukkan kemajuan yang baik. Kita akan terus membantu dalam meneliti dan memudah cara proses berkaitan cadangan naik taraf ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri majlis Peluncuran Program MySiswa@Job on Campus di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), di sini, hari ini.

Zambry menjelaskan, i-CATS ketika ini sudah beroperasi dengan baik termasuk memiliki kemudahan serta infrastruktur tersendiri, sekali gus tidak menimbulkan isu besar dari segi pelaksanaan naik taraf.

Tambah beliau, permohonan rasmi daripada kerajaan Sarawak berhubung cadangan menaik taraf institusi berkenaan telah pun diterima oleh kementerian untuk penelitian lanjut.

“Kita menerima perkara ini dengan baik dan akan melihatnya secara bersama dengan kerajaan Sarawak,” jelasnya.

Beliau berkata, proses berkenaan akan dilaksanakan secara berperingkat dan memerlukan penelitian bersama antara kedua-dua pihak bagi memastikan semua aspek pematuhan dipenuhi sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

“Kita akan pastikan proses ini berjalan lancar dan diberi perhatian sewajarnya,” ujarnya.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: Warga pendidik KEMAS perlu diberi ruang tingkat kompetensi, cetus idea baharu – Ahmad Zahid
Next: MySISWA@Job on Campus dilaksana di UNIMAS dengan bayaran RM6 sejam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.