Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 11,500 pengguna terjejas akibat gangguan telekomunikasi di Sungai Plan
  • Utara
  • WILAYAH

11,500 pengguna terjejas akibat gangguan telekomunikasi di Sungai Plan

Utusan Sarawak 6 hours ago
KEADAAN menara telekomunikasi di Sungai Plan yang mengalami kerosakan akibat kebakaran pada Sabtu lalu (6 Jun) sehingga menyebabkan gangguan perkhidmatan telekomunikasi kepada kira-kira 11,500 pengguna di sekitar Bintulu. Foto MCMC.

BINTULU: Kira-kira 11,500 pengguna di kawasan Sungai Plan, Kidurong serta beberapa lokasi sepanjang Lebuh Raya Pesisir kini berdepan gangguan perkhidmatan telekomunikasi susulan kebakaran yang berlaku di sebuah menara telekomunikasi di Sungai Plan pada Sabtu lalu.

Insiden berkenaan dipercayai telah menyebabkan kerosakan pada peralatan dan sistem telekomunikasi di menara tersebut sekali gus menjejaskan liputan rangkaian kepada pengguna di kawasan terlibat.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataannya memaklumkan bahawa pihaknya sedang bekerjasama dengan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi bagi memastikan usaha pemulihan dapat dilaksanakan secepat mungkin.

Antara langkah yang diambil termasuk mengoptimumkan liputan daripada menara berhampiran serta menyediakan kemudahan telekomunikasi sementara bagi mengurangkan kesan gangguan terhadap pengguna.

Bagaimanapun, proses pemulihan dijangka mengambil sedikit masa memandangkan kerosakan yang dialami melibatkan infrastruktur utama di lokasi kejadian.

Orang ramai yang mengalami masalah liputan atau gangguan perkhidmatan dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat terkini daripada penyedia perkhidmatan masing-masing sementara kerja-kerja pemulihan sedang dijalankan.

MCMC turut memberi jaminan bahawa perkembangan usaha pemulihan akan terus dipantau bagi memastikan perkhidmatan telekomunikasi di kawasan terjejas dapat kembali beroperasi seperti biasa dalam tempoh terdekat.

Oleh Faizah Muzidi

Continue Reading

Previous: MPP nafi dakwaan pengurangan kekerapan kutipan sampah di Pekan Lama Batu Kawa
Next: Program STAR perangi dadah di Saratok Ahad ini, libatkan pelbagai agensi dan komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.