Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Empat projek RTP bernilai RM920,000 siap, tingkat infrastruktur luar bandar di DUN Kabong
  • Tengah
  • WILAYAH

Empat projek RTP bernilai RM920,000 siap, tingkat infrastruktur luar bandar di DUN Kabong

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATO Mohd Chee Kadir semasa menghadiri Majlis Ringkas Serah Projek Siap bagi empat projek RTP yang berlangsung di Kabong hari ini. Foto: ADUN Kabong

KABONG: Empat projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dengan nilai keseluruhan RM920,000 berjaya disiapkan dan diserahkan kepada penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, projek-projek tersebut membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan pembangunan di kawasan luar bandar terus diperkasakan demi manfaat rakyat.

Menurut beliau, antara projek yang telah siap dan diserahkan ialah projek menaik taraf laluan belian kepada laluan konkrit di Lorong Ali Wan dengan kos RM200,000.

Katanya, projek yang dilaksanakan oleh Batrisya II Enterprise itu bermula pada 15 Julai 2025 dan berjaya disiapkan pada 20 Februari 2026.

Beliau berkata, projek tersebut memberi kemudahan kepada penduduk setempat dengan menyediakan laluan yang lebih selesa, tahan lama dan selamat untuk digunakan.

Selain itu, projek menaik taraf enam laluan belian kepada laluan konkrit di Kampung Hulu Lintang turut diserahkan kepada penduduk dengan kos keseluruhan RM270,000.

Projek yang dilaksanakan oleh Ramles Enterprise itu bermula pada 15 Julai 2025 dan siap sepenuhnya pada 23 Februari 2026, melibatkan kerja-kerja menaik taraf laluan sedia ada bagi meningkatkan tahap keselamatan serta keselesaan pengguna.

Dalam perkembangan sama, sebuah jambatan baharu di kawasan ladang sawit Kampung Metang Desa bernilai RM200,000 yang dibina oleh Darfirazil Enterprise turut diserahkan kepada penerima manfaat.

Chee Kadir berkata, jambatan tersebut dijangka memudahkan pergerakan penduduk serta membantu melancarkan aktiviti ekonomi dan pertanian di kawasan berkenaan.

ANTARA projek yang sudah siap dilaksanakan. Foto: ADUN Kabong

Turut diserahkan ialah projek pembinaan jeti nelayan baharu di Kampung Darat Gerigat bernilai RM250,000 yang dilaksanakan oleh Emma Azima Enterprise.

Jeti tersebut telah siap pada 6 April 2026 dan dijangka memberi manfaat besar kepada komuniti nelayan setempat melalui penyediaan kemudahan yang lebih selamat dan teratur untuk aktiviti pendaratan hasil laut.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Ringkas Serah Projek Siap bagi empat projek RTP yang berlangsung di Kabong hari ini.

Menurutnya, pelaksanaan projek-projek tersebut bukan sahaja meningkatkan kemudahan asas penduduk, malah menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi setempat dan pembangunan komuniti luar bandar.

Chee Kadir turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek berkenaan termasuk agensi pelaksana, kontraktor serta masyarakat setempat yang memberikan kerjasama sepanjang tempoh pelaksanaan.

“Saya berharap segala kemudahan yang telah disediakan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat dan terus menyumbang kepada peningkatan taraf hidup serta kesejahteraan penduduk di kawasan DUN Kabong,” katanya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah wakil Pegawai Daerah Kabong, Hamimi Kasim, wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) Saratok iaitu Priscilla Carnelius dan Khairil Nidzam, wakil-wakil kontraktor serta penerima-penerima projek.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek naik taraf saliran selesai, manfaat penduduk setempat
Next: MPP nafi dakwaan pengurangan kekerapan kutipan sampah di Pekan Lama Batu Kawa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.