Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kai Wun sedia bergandingan bersama Aaron
  • SUKAN

Kai Wun sedia bergandingan bersama Aaron

Utusan Sarawak 6 hours ago
PEMAIN beregu lelaki negara, Tee Kai Wun ditemui pemberita pada sesi latihan skuad badminton kebangsaan di Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pemain beregu lelaki negara Tee Kai Wun terbuka dengan perancangan barisan kejurulatihan untuk menggandingkannya dengan Aaron Chia.

Walaupun bersedia berpasangan bersama Aaron, Kai Wun tetap mengganggapnya sebagai cabaran baharu dalam karier beraksi bersama rakan sepasukannya itu yang pernah melakar sejarah muncul wakil Malaysia pertama bergelar juara dunia bersama Soh Wooi Yik pada edisi 2022.

“Saya dapat tahu dua minggu lepas dan terkejut (bergandingan dengan Aaron).

“Saya jenis pemain serba boleh dan mungkin dengan sesiapa pun saya boleh sesuaikan diri. Ia cabaran baharu kepada saya,” katanya selepas sesi latihan di sini, hari ini.

Pemain berusia 26 tahun itu pada masa sama menyifatkan Aaron sebagai pemain berkualiti tinggi dari segi pukulan dan mampu menangani tekanan dengan baik sewaktu berdepan saat genting.

“Aaron pemain yang bagus. Sekiranya ada peluang, sudah semestinya saya akan terus belajar dengannya,” katanya.

Aaron-Kai Wun sebelum ini pernah memenangi pingat emas pada Sukan Malaysia 2018 untuk Melaka selain bergandingan pada saingan akhir Piala Thomas 2026 di Horsens, Denmark menentang Jepun di peringkat Kumpulan B.

Sabtu lepas, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengesahkan Aaron akan bergandingan dengan Kai Wun manakala Wooi Yik berpasangan bersama Man Wei Chong.

Aaron-Kai Wun dan Wooi Yik-Wei Chong dijadual beraksi pada kejohanan Terbuka Jepun di Tokyo pada 14 hingga 19 Julai depan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Sepanyol tewaskan Peru 3-1, tingkat keyakinan menjelang Piala Dunia
Next: Aksi persahabatan Chelsea-JDT diawalkan ke 9 Ogos

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.