Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • PM Korea Selatan gesa langkah kawalan kumpulan ramai menjelang konsert BTS di Busan
  • HIBURAN

PM Korea Selatan gesa langkah kawalan kumpulan ramai menjelang konsert BTS di Busan

Utusan Sarawak 4 hours ago
KONSERT Jelajah Dunia ‘ARIRANG’ BTS akan diadakan selama dua hari di Stadium Utama Asiad Busan. Foto: AGENSI

SEOUL: Menteri Korea Selatan Kim Min-seok pada Selasa mengarahkan pihak berkuasa berkaitan supaya memastikan langkah kawalan kumpulan ramai dilaksanakan serta mengambil tindakan tegas terhadap caj berlebihan ke atas pelancong, penjualan semula tiket konsert pada harga berlipat kali ganda dan aktiviti terlarang lain menjelang konsert BTS di bandar pelabuhan tenggara Busan.

Agensi Berita Yonhap melaporkan bahawa Kim membuat kenyataan itu pada permulaan mesyuarat Kabinet dengan menyatakan bahawa ramai warga asing dijangka mengunjungi Busan bagi konsert yang dijadual berlangsung pada Jumaat dan Sabtu. Ia juga akan menjadi peluang untuk mempamerkan tahap persembahan seni, pelancongan serta budaya Korea Selatan.

“Kira-kira 260,000 orang menghadiri konsert di Gwanghwamun pada Mac lalu dan jumlah kehadiran yang besar juga dijangka kali ini,” kata Kim, merujuk kepada konsert BTS di Seoul.

Kim berkata kementerian kebudayaan, kementerian dalam negeri dan agensi lain perlu bekerjasama dengan kerajaan tempatan serta memastikan pengurusan kumpulan ramai berjalan lancar. 

“Kita juga perlu memastikan aktiviti terlarang seperti caj penginapan melampau dan penjualan semula tiket konsert pada harga berlipat kali ganda dapat dicegah serta dikenakan tindakan tegas,” katanya.

Konsert di Busan itu merupakan sebahagian daripada jelajah dunia yang bermula pada April selepas kemunculan semula kumpulan itu yang dinanti-nantikan ramai. Jelajah itu merangkumi 85 konsert di 34 bandar di seluruh dunia hingga Mac 2027. – Bernama 

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Bunch Of People tampil dengan lagu reflektif baharu, Life Circle

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.