Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dua remaja hilang ditemui selamat di bandar Mukah
  • Tengah
  • WILAYAH

Dua remaja hilang ditemui selamat di bandar Mukah

Utusan Sarawak 5 hours ago
 DUA remaja yang dilaporkan hilang sejak semalam telah ditemui selamat hari ini. Foto PDRM

MUKAH: Dua remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak semalam berjaya ditemui dalam keadaan selamat di bandar Mukah, hari ini.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias berkata, Easter Agnes David, 14, dan Frocilea Rajok Jessica, 14, ditemui oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah kira-kira 1.40 petang.

Menurutnya, kedua-dua remaja terbabit dikesan berada di bawah sebuah premis gunting rambut di bandar Mukah hasil maklumat yang diterima daripada orang awam.

“Semasa ditemui, kedua-dua remaja tersebut sedang berjalan kaki bersama seorang lagi rakan perempuan di lokasi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kedua-dua remaja itu kemudiannya dibawa ke Hospital Mukah untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Muhamad Rizal turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada orang ramai serta pihak media atas kerjasama yang diberikan dalam membantu usaha mengesan kedua-dua remaja tersebut sehingga berjaya ditemui.

“Kerjasama semua pihak amat dihargai dan memainkan peranan penting dalam membantu polis menyelesaikan kes ini,” katanya.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Dua remaja perempuan hilang sejak Ahad, polis mohon bantuan orang ramai
Next: Projek pembangunan beri manfaat kepada komuniti luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.