Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • PBB beri amaran bahaya cuaca panas ekstrem pada Piala Dunia 2026
  • SUKAN

PBB beri amaran bahaya cuaca panas ekstrem pada Piala Dunia 2026

Utusan Sarawak 8 hours ago

PBB memberi amaran cuaca panas ekstrem berisiko menjejaskan pemain, petugas dan penyokong sepanjang Piala Dunia FIFA 2026, dengan satu daripada setiap empat perlawanan dijangka berlangsung dalam keadaan cuaca berbahaya. – Foto AGENSI

MADRID: Sekretariat Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin memberi amaran mengenai bahaya yang ditimbulkan cuaca panas ekstrem kepada pemain, petugas dan penyokong sempena pusingan akhir Piala Dunia yang akan datang, lapor Xinhua.

Kejohanan itu akan berlangsung di Mexico, Amerika Syarikat (AS) dan Kanada dengan sebahagian perlawanan dijangka berlangsung pada suhu sekitar 30 darjah Celsius serta kelembapan tinggi, sekali gus menimbulkan cabaran kepada semua pihak terlibat.

Pada permulaan Mesyuarat Iklim Jun selama 10 hari di bandar Bonn, Jerman, Sekretariat Iklim PBB dalam satu kenyataan berkata: “Piala Dunia FIFA 2026, kejohanan terbesar dalam sejarah bola sepak, akan berlangsung ketika tahap cuaca panas ekstrem semakin meningkat, didorong perubahan iklim yang semakin buruk dan menjejaskan berbilion penduduk di seluruh dunia.”

“Cuaca panas ekstrem ini dijangka menjadi sebahagian daripada perjalanan kejohanan, di padang, di tempat duduk penonton, sekitar stadium dan di bandar raya tuan rumah,” menurut kenyataan itu.

Agensi itu memaklumkan bahawa satu daripada setiap empat perlawanan sepanjang kejohanan dijangka berlangsung dalam keadaan cuaca panas berbahaya, sambil menambah bahawa walaupun pemain berkemungkinan menerima rawatan perubatan segera, perkara itu mungkin tidak berlaku kepada penyokong.

“Bahaya paling besar mungkin berlaku di luar stadium. Zon penyokong, barisan menunggu, laluan pengangkutan, tempat letak kereta dan sambutan luar boleh menyebabkan orang ramai terdedah kepada cuaca panas berbahaya selama berjam-jam,” menurut amaran agensi itu.

Amaran itu dibuat hanya beberapa hari selepas FIFA membatalkan keputusan yang melarang penyokong membawa botol air plastik kosong ke stadium untuk diisi semula di stesen penghidratan.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Neymar semakin pulih menjelang aksi pembukaan Piala Dunia
Next: Presiden Mexico janji pembukaan Piala Dunia berlangsung aman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.