Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Cadangan naik taraf sistem perparitan RTP 2027 di Jalan Hui Sing Lorong 5/2 dan 5/4
  • Selatan
  • WILAYAH

Cadangan naik taraf sistem perparitan RTP 2027 di Jalan Hui Sing Lorong 5/2 dan 5/4

Utusan Sarawak 5 hours ago
WILFRED Yap dan kakitangan MBKS di tapak naik taraf.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin, telah mengadakan lawatan tapak bersama pegawai Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) bagi meninjau cadangan projek naik taraf sistem perparitan di lorong belakang Jalan Hui Sing Lorong 5/2 dan Lorong 5/4 di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2027.

Menurut Yap, lawatan tersebut diadakan susulan permintaan dan aduan penduduk berhubung keadaan lorong belakang serta sistem perparitan sedia ada yang kurang memuaskan sehingga menimbulkan kebimbangan berkaitan kebersihan persekitaran, aliran air dan penyelenggaraan jangka panjang.

Beliau berkata cadangan projek tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk menambah baik infrastruktur awam serta meningkatkan kualiti kehidupan penduduk di Kota Sentosa.

“Infrastruktur perparitan yang baik amat penting bagi mengelakkan takungan air, mengurangkan risiko banjir serta memastikan persekitaran yang bersih dan selamat untuk komuniti.

“Penduduk telah membangkitkan keadaan lorong belakang dan sistem perparitan di kawasan ini yang semakin merosot. Oleh itu, saya telah meminta pegawai MBKS menjalankan penilaian di tapak supaya kerja kerja naik taraf yang diperlukan dapat dirancang dan dilaksanakan secara teratur,” katanya.

Yap berkata beliau akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan bagi menangani isu yang dihadapi penduduk berdasarkan tahap keutamaan dan keseriusan setiap masalah yang dibangkitkan.

Beliau menegaskan bahawa projek penambahbaikan infrastruktur memerlukan perancangan, keutamaan serta penyelarasan yang rapi dengan agensi pelaksana bagi memastikan penyelesaian yang berkesan dan mampan.

Beliau turut menegaskan komitmennya untuk terus berhubung dengan penduduk, pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan dalam mengenal pasti serta menangani keperluan infrastruktur di seluruh Kota Sentosa agar pembangunan yang dilaksanakan sentiasa berfokus kepada keperluan rakyat.

Oleh Connie Chieng

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program komuniti rapatkan agensi kerajaan dengan rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.