Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pili bomba baharu dipasang di Jalan Ketitir selepas bertahun tahun usaha komuniti
  • Selatan
  • WILAYAH

Pili bomba baharu dipasang di Jalan Ketitir selepas bertahun tahun usaha komuniti

Utusan Sarawak 3 hours ago
Cr. GERALDl oh menunjukkan pili bomba baharu.

KUCHING: Ahli Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Gerald Goh, mengalu alukan pemasangan sebuah pili bomba baharu di Jalan Ketitir yang disifatkannya sebagai hasil daripada lebih dua dekad usaha berterusan penduduk serta komitmen pelbagai pihak dalam memperjuangkan isu keselamatan awam di kawasan tersebut.

Goh berkata, penduduk Jalan Ketitir, Chai Chien Sheng, telah membangkitkan isu ketiadaan pili bomba yang berfungsi di kawasan itu selama lebih 20 tahun.

Menurutnya, walaupun terdapat tiga pili bomba yang asalnya berkhidmat untuk kawasan berkenaan, kesemuanya telah rosak dan tidak lagi berfungsi dari semasa ke semasa.

Keadaan itu mendorong pelbagai laporan dan rayuan dikemukakan bagi mendapatkan tindakan daripada pihak berkuasa.

Beliau berkata, Pasukan Perkhidmatan SUPP N13 Batu Kitang yang diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kitang, Dato Ir Lo Khere Chiang, sentiasa berusaha membawa perkara tersebut kepada perhatian pihak berkaitan kerana ia melibatkan keselamatan penduduk.

“Ketiadaan pili bomba yang berfungsi di kawasan yang masih mempunyai banyak rumah kayu dan kediaman penduduk menimbulkan risiko besar kepada nyawa dan harta benda sekiranya berlaku kebakaran,” katanya.

Menurut Goh, menyelesaikan isu yang telah berlarutan sekian lama di Jalan Ketitir merupakan antara keutamaannya sejak dilantik sebagai Ahli Majlis MPP.

PEMASANGAN pili bomba di Jalan Ketitir.

“Saya amat gembira menyaksikan pemasangan pili bomba baharu ini selepas bertahun tahun usaha gigih oleh penduduk dan semua pihak yang terlibat. Ini merupakan satu pencapaian penting untuk komuniti setempat,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia atas komitmen serta pertimbangan mereka dalam menyelesaikan perkara tersebut.

Bagaimanapun, Goh berkata Jalan Ketitir merupakan kawasan perumahan yang luas dan sebuah pili bomba sahaja mungkin tidak mencukupi untuk memberikan liputan kecemasan yang menyeluruh.

“Saya berharap sekurang kurangnya dua lagi pili bomba dapat dipasang di kawasan ini bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kesiapsiagaan komuniti,” katanya.

Beliau berkata kejayaan tersebut membuktikan bahawa kebimbangan masyarakat yang diperjuangkan secara berterusan dan konstruktif akhirnya mampu menghasilkan perubahan positif.

“Selepas menunggu begitu lama dan melalui pelbagai usaha, penduduk kini boleh berasa lebih tenang kerana kemudahan keselamatan kebakaran yang amat penting akhirnya tersedia di kawasan mereka,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Buaya gergasi 5.5 meter panjang berjaya ditangkap di Sungai Kemena
Next: Warga emas pertaruh nyawa selamatkan lapan cucu, anak dalam kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.