Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Jerman bukan pilihan utama, tidak akan gagal seperti 2018, 2022 – Muller
  • SUKAN

Jerman bukan pilihan utama, tidak akan gagal seperti 2018, 2022 – Muller

Utusan Sarawak 6 hours ago
BEKAS pemain penyerang Vancouver Whitecaps, Muller, kini telah bersara daripada arena bola sepak antarabangsa, yang pernah menjadi sebahagian daripada skuad Jerman.

MUNICH, Jerman: Pemenang Piala Dunia 2014 Jerman, Thomas Muller, tidak melihat bekas pasukannya sebagai pilihan utama untuk memenangi kejuaraan kali ini kerana skuad berkenaan masih dalam proses pembangunan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Piala Dunia akan membuka tirainya pada Khamis, dengan Jerman memulakan aksi pertama menentang Curacao dalam Kumpulan E pada Ahad.

Penyerang Vancouver Whitecaps, Muller, kini telah bersara daripada arena bola sepak antarabangsa, namun pernah menjadi sebahagian daripada skuad Jerman yang tersingkir di peringkat kumpulan pada edisi 2018 dan 2022.

Beliau sebelum ini turut berada dalam pasukan yang mara ke separuh akhir Piala Dunia 2010 menentang Sepanyol yang muncul juara edisi berkenaan, sebelum menjulang trofi empat tahun kemudian.

“Saya melihat persamaan dengan Piala Dunia 2010 berbanding edisi 2014 kerana pasukan ini belum benar-benar matang sebagai satu unit, namun perjalanan mereka sebenarnya baru sahaja bermula.

“Kami merasakan pada 2014 bahawa pemain-pemain teras pasukan ketika itu lebih hampir mencapai kemuncak prestasi masing-masing,” katanya kepada pemberita hari ini.

Daripada skuad juara dunia di Brazil 12 tahun lalu, hanya penjaga gol Manuel Neuer masih kekal dalam pasukan.

Jerman turut akan berdepan Ivory Coast dan Ecuador pada peringkat kumpulan kejohanan yang membabitkan 48 pasukan tahun ini, dengan lapan pasukan di tempat ketiga mara ke pusingan kalah mati bersama dua pasukan teratas setiap kumpulan.

“Saya tidak melihat sebarang halangan besar pada peringkat kumpulan,” katanya, sambil beranggapan prestasi mengecewakan Jerman dalam dua edisi lalu tidak akan berulang. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Piala Dunia 2026: Satu lagi tarian terakhir Messi, Ronaldo dan penganjuran terbesar
Next: Konate sertai Real Madrid sehingga 2030

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.