Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Buaya gergasi 5.5 meter panjang berjaya ditangkap di Sungai Kemena
  • Utara
  • WILAYAH

Buaya gergasi 5.5 meter panjang berjaya ditangkap di Sungai Kemena

Utusan Sarawak 5 hours ago
SEEKOR buaya dianggarkan sepanjang 5.56 meter berjaya ditangkap dalam satu operasi di Sungai Kemena, Bintulu hari ini. Foto: Facebook Jeferry Siew


BINTULU: Seekor buaya dianggarkan sepanjang 5.56 meter berjaya ditangkap oleh sekumpulan pemburu buaya dalam satu operasi di Sungai Kemena di sini, hari ini.

Operasi yang diketuai oleh Juni Kung itu berjaya menumpaskan reptilia berkenaan selepas haiwan tersebut dipercayai memakan umpan yang dipasang sejak beberapa hari lalu di kawasan sungai berkenaan.

Menurut maklumat yang dikongsikan menerusi media sosial, buaya bersaiz besar itu merupakan tangkapan kedua oleh kumpulan terbabit dalam tempoh singkat, sekali gus menarik perhatian penduduk setempat dan pengguna media sosial.

Rakaman video dan gambar yang tular menunjukkan buaya berkenaan berjaya dinaikkan dari sungai sebelum dibawa menggunakan sebuah lori untuk tujuan dokumentasi dan pemeriksaan lanjut.

LORI digunakan untuk membawa buaya itu untuk tujuan dokumentasi dan pemeriksaan lanjut. Foto: Facebook Jeferry Siew

Kejayaan operasi itu turut menerima pelbagai ucapan tahniah daripada orang ramai yang memuji usaha pasukan pemburu buaya berkenaan dalam membantu mengurangkan ancaman reptilia tersebut di kawasan Sungai Kemena.

Bagaimanapun, maklumat mengenai berat buaya itu serta tindakan lanjut oleh pihak berkuasa berkaitan belum diperoleh setakat ini.

Sungai Kemena merupakan antara kawasan habitat buaya di Sarawak dan beberapa insiden melibatkan reptilia itu pernah dilaporkan di kawasan berkenaan sebelum ini.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program Ngabang Gawai platform dekati rakyat, dengar keperluan komuniti
Next: Pili bomba baharu dipasang di Jalan Ketitir selepas bertahun tahun usaha komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.