Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Ngabang Gawai platform dekati rakyat, dengar keperluan komuniti
  • Tengah
  • WILAYAH

Program Ngabang Gawai platform dekati rakyat, dengar keperluan komuniti

Utusan Sarawak 6 hours ago
ADUN Meradong, Datuk Dong Koung Hiing bersama rombongaN SUPP Cawangan Bintangor bergambar bersama penduduk rumah panjang di sekitar Bintangor. Foto: Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Program Ngabang Gawai yang dilaksanakan setiap tahun terus menjadi platform penting untuk mendekati rakyat serta mendengar sendiri permasalahan dan keperluan masyarakat rumah panjang di kawasan luar bandar.

Program anjuran Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Meradong tersebut diteruskan dengan lawatan ke beberapa rumah panjang di kawasan Sungai Mador Ili semalam.

Lawatan diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing bersama isterinya, Datin Kueh Nai Fun dan rombongan ahli SUPP Cawangan Bintangor.

Sepanjang lawatan, beliau meluangkan masa bertemu dan beramah mesra dengan penduduk rumah panjang selain mendengar sendiri permasalahan serta menerima surat permohonan yang dikemukakan oleh tuai rumah dan penduduk setempat.

Koung Hiing yang juga Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintangor berkata, ia bukan sekadar aktiviti bermusim, sebaliknya merupakan komitmen berterusan untuk memastikan hubungan antara pemimpin dan rakyat sentiasa erat.

“Lawatan ini bukan hanya ketika musim pilihan raya. Setiap tahun kita akan turun padang, tanpa mengira jauh atau dekat, panjang atau pendek sesebuah rumah panjang, kita tetap akan berkunjung,” katanya ketika ditemui media.

Katanya, pendekatan turun padang secara berterusan membolehkan pelbagai isu dan keperluan rakyat dikenal pasti dengan lebih dekat, sekali gus memudahkan tindakan susulan dilakukan oleh pihak berkaitan.

ADUN Meradong, Datuk Dong Koung Hiing bersama rombongaN SUPP Cawangan Bintangor bergambar bersama penduduk rumah panjang di sekitar Bintangor. Foto: Pusat Khidmat Meradong

Beliau berharap penduduk rumah panjang terus mengekalkan semangat perpaduan dan memberikan sokongan padu kepada kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Tambahnya, kerajaan Sarawak sentiasa komited untuk memperkasakan pembangunan luar bandar menerusi pelbagai inisiatif dan peruntukan yang disediakan.

“Pembangunan di kawasan luar bandar akan terus diperkasakan melalui pelbagai peruntukan seperti Projek Transformasi Luar Bandar (RTP), Projek Kecil Luar Bandar (MRP), Program Pembaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS), Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) dan Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA),” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada penduduk rumah panjang atas sambutan mesra yang diberikan dan semangat perpaduan yang terus diamalkan dalam komuniti setempat.

“Hubungan erat antara pemimpin dan rakyat perlu terus diperkukuhkan bagi memastikan pembangunan dapat dilaksanakan secara lebih berkesan dan memberi manfaat kepada seluruh masyarakat,” katanya lagi.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pendaftaran Program Bantuan Lesen Memandu Kelas B2 Parlimen Tanjong Manis dibuka
Next: Buaya gergasi 5.5 meter panjang berjaya ditangkap di Sungai Kemena

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.