Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 15 maut, lebih 130 cedera dalam gempa bumi 7.8 magnitud di selatan Filipina
  • GLOBAL

15 maut, lebih 130 cedera dalam gempa bumi 7.8 magnitud di selatan Filipina

Utusan Sarawak 5 hours ago
IMEJ daripada rakaman video UGC ihsan DepEd Mahayahay Elementary School menunjukkan murid-murid berkumpul di padang ketika sebuah struktur runtuh akibat gempa bumi berukuran 7.8 magnitud di Malita, Davao del Sur. Foto AFP

MANILA: Sebanyak 15 orang dilaporkan maut dan sekurang-kurangnya 134 lagi cedera selepas gempa bumi berukuran 7.8 magnitud melanda wilayah Sarangani di selatan Filipina pagi Isnin, kata pihak berkuasa, lapor Xinhua.

Rodrigo Sosmena, pengarah pejabat pertahanan awam tempatan, berkata 12 kematian termasuk tiga mangsa di wilayah Sarangani dan sembilan di wilayah Cotabato Selatan termasuk tujuh di General Santos, sebuah bandar dengan penduduk kira-kira 700,000.

Menurut Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan Filipina, pihaknya sedang mengesahkan laporan tiga orang turut maut di wilayah Davao Occidental.

Polis Negara Filipina dalam laporan berasingan memaklumkan sebanyak 134 orang mengalami kecederaan.

Menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina. gempa bumi tektonik berlaku pada 7:37 pagi waktu tempatan pada kedalaman 33 kilometer (km), dengan pusat gempa 32 km barat daya pantai bandar Maasim di wilayah Sarangani di Pulau Mindanao.

Institut itu memaklumkan ombak tertinggi dicatatkan mencecah 1.4 meter. Media tempatan melaporkan beberapa bangunan runtuh dan menyebabkan bekalan elektrik terputus.

Gegaran turut dirasai di wilayah jiran.

Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos mengarahkan usaha tindak balas dan pemantauan bencana di seluruh kawasan terjejas serta menggesa penduduk berpindah ke tempat yang lebih tinggi untuk pengungsian.

Filipina mengalami aktiviti seismik yang kerap kerana lokasinya di sepanjang Lingkaran Api Pasifik, zon sempadan plat tektonik utama yang terkenal dengan gempa bumi dan letusan gunung berapi – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Lima maut dalam gempa bumi di selatan Filipina, tsunami setinggi 1.4 meter
Next: Filipina terima 15,000 dos ubat suntikan PrEP susulan peningkatan kes HIV

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.