Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Status tidak selamat, asrama puteri SMK Dalat masih didiami
  • Utara
  • WILAYAH

Status tidak selamat, asrama puteri SMK Dalat masih didiami

Utusan Sarawak 5 hours ago
MENTERI Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah meninjau kawasan asrama puteri SMK Dalat, hari ini.

DALAT: Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah menggesa tindakan segera diambil terhadap asrama puteri Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dalat yang telah diisytiharkan tidak selamat, namun masih dihuni pelajar.

Menurut Fatimah, isu keselamatan pelajar perlu diberi keutamaan memandangkan bangunan asrama berkenaan tidak termasuk dalam skop projek pembangunan yang telah diluluskan sebelum ini.

“Saya dimaklumkan bangunan itu telah diisytiharkan tidak selamat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). Namun ia tidak dimasukkan dalam skop projek dan pelajar perempuan kita masih tinggal di situ.

“Perkara pertama yang kita utamakan ialah keselamatan. Apa yang membimbangkan kita ialah keselamatan para pelajar,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Projek Siap SMK Dalat dan SMK Semop, hari ini.

Fatimah berkata, keadaan itu mencerminkan keperluan mendesak untuk menaik taraf kemudahan pendidikan di sekolah berkenaan yang kini berusia hampir 48 tahun.

Beliau berkata, beberapa bangunan kayu lama di sekolah itu semakin uzur akibat faktor usia dan serangan anai-anai, termasuk bahagian tingkap yang menunjukkan tanda-tanda kerosakan.

KEADAAN asrama puteri SMK Dalat yang sudah uzur dan tidak selamat untuk dihuni.

Walaupun asrama tersebut dijaga dengan baik dan berada dalam keadaan bersih, katanya, keadaan fizikal bangunan membuktikan bahawa langkah pembaikan atau pembinaan semula tidak boleh lagi ditangguhkan.

Selain asrama pelajar, beliau turut membangkitkan keadaan kuarters guru yang disifatkan tidak lagi sesuai didiami.

Menurutnya, projek khas yang diluluskan pada 2020 hanya menyediakan pembinaan 18 bilik darjah baharu berbanding 36 bilik darjah yang dipohon pihak sekolah.

Justeru, beliau berharap lebih banyak kemudahan dapat disediakan termasuk bilik darjah tambahan, dewan makan, naik taraf asrama dan kemudahan sokongan lain.

“Ada perkara yang perlu dilakukan. Masih banyak kemudahan yang memerlukan perhatian dan penambahbaikan demi keselamatan serta kesejahteraan pelajar dan guru,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Fatimah turut menyuarakan kebimbangan mengenai projek pembangunan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Balan yang masih memerlukan tambahan peruntukan RM5 juta sebelum dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Katanya, sebarang kelewatan boleh meningkatkan risiko kepada sekolah itu yang terletak berhampiran sungai.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Maklumat tepat percepat pelaksanaan pembangunan komuniti
Next: Tanah kampung berpotensi jadi sumber ekonomi baharu melalui pertanian moden dan agropelancongan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.