
KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 7.9 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada 7.37 pagi tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
MetMalaysia menerusi hantaran di Facebook memaklumkan gempa itu berlaku pada kedalaman 50 kilometer (km) pada jarak 97 km selatan dari Koronadal City, Filipina.
Gegaran dilaporkan turut dirasai di Sabah melibatkan Tawau, Semporna dan kawasan sekitarnya.
“MetMalaysia sedang memantau perkembangan kejadian ini,” menurut hantaran itu. – Bernama