Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Warisan budaya terus dipelihara menerusi sambutan Hari Gawai
  • Tengah
  • WILAYAH

Warisan budaya terus dipelihara menerusi sambutan Hari Gawai

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATUK Ding Koung Hiing dan isteri bergambar bersama penghuni rumah panjang. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Sambutan Hari Gawai terus menjadi platform penting dalam memelihara warisan budaya apabila pelbagai adat dan tradisi turun-temurun terus diamalkan oleh penduduk rumah panjang di kawasan Sungai Meradong, Sungai Lemanyong dan Sungai Tulai semalam.

Program Ngabang Gawai 2026 yang diadakan di beberapa rumah panjang di kawasan tersebut telah dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong yang juga Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintangor, Datuk Ding Kuong Hiing bersama isterinya, Datin Kueh Nai Fun.

Turut menyertai lawatan tersebut ialah rombongan SUPP Cawangan Meradong yang bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Gawai Dayak bersama penduduk rumah panjang.

Dalam suasana penuh kemeriahan dan semangat perpaduan, penduduk rumah panjang menyambut ketibaan rombongan dengan mesra dan mengadakan pelbagai acara tradisional yang mencerminkan kekayaan budaya masyarakat Iban.

Antara adat yang masih diamalkan dan dipelihara sehingga kini adalah upacara miring yang menjadi sebahagian daripada kepercayaan masyarakat Iban sebagai simbol memohon kesejahteraan, keselamatan, kesihatan dan rezeki yang berpanjangan kepada seluruh penduduk rumah panjang.

Upacara tersebut turut mencerminkan kekayaan warisan budaya yang diwarisi turun-temurun dan terus dipelihara sebagai identiti masyarakat Dayak sehingga ke hari ini.

Dalam ucapannya, Koung Hiing menzahirkan penghargaan kepada penduduk rumah panjang yang terus berusaha mengekalkan budaya dan tradisi masyarakat Iban di samping memperkukuhkan semangat perpaduan serta keharmonian dalam komuniti.

“Kepercayaan serta adat resam seperti ini wajar diteruskan dan diperkenalkan kepada generasi muda agar mereka lebih memahami serta menghargai warisan nenek moyang.

“Saya juga berharap sambutan Hari Gawai Dayak akan terus menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara rakyat dan pemimpin serta memupuk nilai saling hormat-menghormati dalam masyarakat berbilang kaum,” katanya.

Katanya, pemeliharaan adat dan budaya tradisional bukan sahaja penting dalam mengekalkan identiti sesuatu kaum, malah berperanan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang latar belakang.

“Semangat kebersamaan yang ditunjukkan oleh penduduk rumah panjang sepanjang sambutan Hari Gawai mencerminkan keharmonian yang menjadi kekuatan utama rakyat Sarawak,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pinjaman HDC perkasa pembangunan komuniti rumah panjang di Sarikei
Next: Semangat perpaduan teras sambutan Hari Gawai Dayak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.