Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam insiden pesawat Lufthansa di lapangan terbang Frankfurt
  • NASIONAL

Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam insiden pesawat Lufthansa di lapangan terbang Frankfurt

Utusan Sarawak 3 hours ago
TIADA rakyat Malaysia terjejas dalam insiden pesawat Lufthansa di lapangan terbang Frankfurt. Foto agensi.

KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia terjejas selepas sebuah pesawat Boeing 787-9 milik Lufthansa mengalami kegagalan gear mendarat muncung ketika bersiap sedia untuk berlepas di Lapangan Terbang Frankfurt pada 4 Jun, menurut pengesahan Kedutaan Besar Malaysia di Jerman.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook, Kedutaan Malaysia di Berlin memaklumkan bahawa berdasarkan maklumat yang disediakan oleh pihak berkuasa Jerman yang berkaitan dan syarikat penerbangan Lufthansa, pesawat berkenaan mengalami kegagalan gear mendarat muncung ketika sedang diletakkan di pintu berlepas bagi persediaan penerbangan berjadual ke Los Angeles.

“Insiden berkenaan berlaku sebelum penumpang menaiki pesawat. Semasa kejadian, hanya anak kapal Lufthansa dan kakitangan darat sahaja yang berada di dalam pesawat,” menurut kenyataan itu.

Beberapa kakitangan syarikat penerbangan dilaporkan mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan perubatan, katanya.

Pihak kedutaan turut menyampaikan harapan agar kesemua mangsa yang cedera segera sembuh sepenuhnya.

Agensi Berita Jerman (dpa) melaporkan bahawa beberapa pekerja cedera apabila bahagian muncung  sebuah pesawat Lufthansa  jatuh ketika sedang diletakkan  di pintu berlepas di Lapangan Terbang Frankfurt atas sebab yang masih belum dikenal pasti. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kes rasuah Guan Eng: Pegawai penyiasat tidak tahu Zarul Ahmad ada kaitan dengan syarikat lain 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.