Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Eksklusif: Ranyai warisan unik terus mewarnai Hari Gawai
  • Utara
  • WILAYAH

Eksklusif: Ranyai warisan unik terus mewarnai Hari Gawai

Utusan Sarawak 6 hours ago
ALBUM… Datuk Rosey Yunus bersama rombongan rakam kenangan dengan penduduk rumah panjang Tuai Rumah Rajit yang bersedia untuk Ngetas Ranyai yang menjadi antara simbol paling penting dan unik dalam sambutan Hari Gawai masyarakat Iban.

BEKENU: Ranyai terus menjadi antara simbol paling penting dan unik dalam sambutan Hari Gawai masyarakat Iban, yang melambangkan kesyukuran atas hasil tuaian yang diperoleh serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penghuni rumah panjang.

ABDUL Rahsid Yaakub.

Warisan budaya yang kaya dengan nilai murni ini terus dipelihara dan diwariskan kepada generasi muda agar identiti serta adat resam masyarakat Dayak kekal terpelihara untuk masa hadapan.

Esko Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Bekenu Abdul Rahsid Yaakub berkata, kebiasaannya, pohon Ranyai yang diperbuat daripada batang pokok pisang atau dahan kayu didirikan di tengah ruai rumah panjang dan dihiasi dengan pelbagai jenis makanan, kuih-muih, buah-buahan, rokok serta tuak yang digantung menggunakan tali.

“Terima kasih kepada Tuai Rumah Rajit telah mengundang kita untuk bersama-sama meraikan perayaan Hari Gawai dan Ngabang Gawai serta mempersembahkan tarian ngajat ngeliling Ranyai.

“Rombongan kami adalah bersama Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak Datuk Rosey Yunus yang terdiri daripada kaum Cina, Iban, Melayu dan suku kaum Kedayan,” katanya ketika ditemui Utusan Sarawak pada majlis Ngabang Gawai di rumah panjang Bekelit, Ulu Sibuti, semalam.

Tambahnya, penyediaan pohon tersebut dilakukan secara bergotong-royong oleh penduduk rumah panjang sebagai sebahagian daripada tradisi yang diwarisi turun-temurun.

Sepanjang sambutan Gawai, penduduk dan tetamu akan mempersembahkan tarian tradisional Iban iaitu Ngajat secara bergilir-gilir mengelilingi pohon Ranyai sambil diiringi paluan muzik tradisional yang memeriahkan suasana.

POHON Ranyai diperbuat daripada batang pokok pisang atau dahan kayu didirikan di tengah ruai rumah panjang dan dihiasi dengan pelbagai jenis makanan, kuih-muih, buah-buahan, rokok serta tuak yang digantung menggunakan tali.

Kemuncak acara ialah upacara Ngetas Ranyai, yang mana individu yang dihormati atau tetamu kehormat akan memotong tali atau pelepah ranyai menggunakan parang sebagai simbol pembukaan rezeki dan keberkatan.

Selepas upacara tersebut, para peserta yang mengambil bahagian dalam tarian akan mengambil makanan dan hadiah yang digantung pada pohon Ranyai sebagai lambang perkongsian rezeki, kemakmuran dan tuah kepada seluruh komuniti, jelasnya.

Katanya, selain menjadi tarikan utama dalam sambutan Hari Gawai, tradisi Ranyai turut mencerminkan nilai perpaduan, kerjasama dan semangat kekeluargaan yang menjadi asas kehidupan masyarakat Iban di rumah panjang.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jalan utama bandar Betong ditutup sementara sempena perarakan Gawai Dayak, esok
Next: Pendawaian baharu tingkat keselamatan Tabika Perpaduan Permyjaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.