Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM tangkap ular tikus 1.8 meter di Kampung Narum
  • Utara
  • WILAYAH

APM tangkap ular tikus 1.8 meter di Kampung Narum

Utusan Sarawak 5 hours ago
ANGGOTA Pertahanan Awam Malaysia Marudi menunjukkan ular tikus yang berjaya ditangkap di kediaman pengadu di Kampung Narum Marudi. Foto APM Marudi
 

MARUDI: Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Marudi menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang memohon bantuan untuk menangkap ular di kediaman pengadu di Lot 334, Jalan Dato Tunku Abdul Rahman, Kampung Narum, Marudi malam tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi, Lt. (PA) Mirwan Shah Masri, memaklumkan bahawa sebaik menerima panggilan pada 8.04 malam, anggota Pertahanan Awam (APM) daripada Skuad Alpha telah bergerak ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 500 meter dari PKOD.

Sebaik tiba di lokasi, anggota APM bertemu dengan pengadu, Masiah Rami, bagi mendapatkan maklumat mengenai kedudukan reptilia berkenaan.

Setelah dimaklumkan, Skuad Alpha yang diketuai oleh Sarjan (PA) Siti Naquiah Abdullah bersama dua anggota APM lain telah melaksanakan operasi penangkapan.

Reptilia jenis ular tikus itu, dengan panjang kira-kira 1.8 meter, berjaya ditangkap menggunakan penyepit dan peralatan khas.

Skuad tersebut kemudian bergerak pulang ke PKOD setelah selesai menjalankan operasi pada 8.16 malam.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jambatan Sungai Berawan bakal dibina menerusi projek luar bandar tahun depan
Next: 25 saman dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu di Lebuh Raya Pan Borneo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.