Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Karya kreatif mampu perkukuh perpaduan, raikan kepelbagaian
  • HIBURAN

Karya kreatif mampu perkukuh perpaduan, raikan kepelbagaian

Utusan Sarawak 6 hours ago
TIMBALAN Menteri Perpaduan Negara, R. Yuneswaran.

KUALA LUMPUR: Industri filem tempatan mempunyai potensi besar dan wajar terus disokong, khususnya dalam memperkasakan suara kreatif yang mencerminkan realiti, nilai serta aspirasi masyarakat Malaysia.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara R. Yuneswaran berkata karya kreatif yang berteraskan nilai kemanusiaan dan realiti sosial mampu menjadi jambatan untuk mengukuhkan perpaduan, meraikan kepelbagaian serta membina masyarakat yang lebih memahami antara satu sama lain.

“Platform seperti ini amat penting dalam memupuk bakat muda, memperkukuh industri kreatif negara serta membuka ruang perbualan yang mampu menyemai kefahaman, empati dan perpaduan dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis perasmian dan tayangan Program Filem Pendek F.O.F (Fight or Flight), yang menghimpunkan kreativiti, bakat serta keupayaan penceritaan penggiat filem tempatan.

 Yuneswaran berkata program itu berjaya mengetengahkan filem-filem pendek yang mencetuskan pemikiran serta menyentuh isu kesedaran sosial, emosi manusia dan naratif kehidupan sebenar melalui pendekatan sinematik bermakna.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak terlibat termasuk penganjur, penggiat filem, pelajar dan pemain industri yang menjayakan inisiatif ini dengan penuh komitmen. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Bollywood berpecah mengenai cadangan hadkan waktu kerja
Next: Bintang Bollywood gesa hentikan penggunaan gajah dalam filem

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.