Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Sidang DUN khas Johor pada 22 Jun batal – Speaker
  • NASIONAL

Sidang DUN khas Johor pada 22 Jun batal – Speaker

Utusan Sarawak 4 hours ago
SPEAKER DUN Johor Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

JOHOR BAHRU: Sesi sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang dijadualkan berlangsung sehari pada 22 Jun dibatalkan susulan pengumuman pembubaran DUN oleh Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi, semalam.

Speaker DUN Johor Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengesahkan perkara itu ketika dihubungi hari ini.

“Batal,” katanya ringkas.

Pada 29 Mei, beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor dilaporkan menerima notis rasmi bagi menghadiri persidangan itu.

Antara yang mengesahkan penerimaan notis itu ialah ADUN Bukit Kepong Datuk Dr Sahruddin Jamal, ADUN Johor Jaya Liow Cai Tung dan ADUN Sri Medan Datuk Zulkurnain Kamisan.

Semalam, Onn Hafiz mengumumkan pembubaran DUN Johor selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail, sekali gus membuka laluan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan. – Bernama 

Continue Reading

Previous: Had umur 16 tahun buka akaun media sosial benteng kekang trauma siber kanak-kanak
Next: Limpahan pelaburan hasil keharmonian kaum, kestabilan politik berpandukan Rukun Negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.