Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • TYT, Toh Puan ziarah lokasi bersejarah di Madinah 
  • TEMPATAN

TYT, Toh Puan ziarah lokasi bersejarah di Madinah 

Utusan Sarawak 7 hours ago
YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menziarahi beberapa lokasi bersejarah Islam di Madinah. Foto: Astana Sarawak.

MADINAH: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hari ini menziarahi beberapa lokasi bersejarah Islam di sini.

Antara lokasi yang dikunjungi ialah Masjid Quba yang merupakan masjid pertama dibina oleh Rasulullah SAW selepas penghijrahan Baginda ke Madinah.

YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menziarahi beberapa lokasi bersejarah Islam di Madinah. Foto: Astana Sarawak.

Rombongan Astana Sarawak turut melawat sebuah ladang kurma bagi meninjau aktiviti penanaman dan pemprosesan kurma yang menjadi antara hasil utama di Madinah.

YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menziarahi beberapa lokasi bersejarah Islam di Madinah. Foto: Astana Sarawak.

Tun Pehin Sri dan Toh Puan seterusnya menziarahi Bukit Uhud, lokasi berlakunya Perang Uhud yang menjadi antara peristiwa penting dalam sejarah Islam.

Mereka kemudian mengunjungi Masjid Qiblatain yang terkenal sebagai tempat berlakunya peristiwa perubahan arah kiblat umat Islam daripada Masjid Al-Aqsa ke Masjidil Haram.

YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menziarahi beberapa lokasi bersejarah Islam di Madinah. Foto: Astana Sarawak.

Ziarah tersebut memberi peluang kepada rombongan menghayati sejarah perkembangan Islam serta menjadi pengisian rohani sepanjang berada di Madinah Al-Munawwarah.

Continue Reading

Previous: Budaya ‘ngabang’ perkukuh perpaduan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.