Gempa bumi magnitud 6.0 landa pesisir Valparaiso, Chile

Facebook
WhatsApp
GEMPA bumi magnitud 6.0 landa pesisir Valparaiso, Chile. Foto hiasan.

ISTANBUL: Gempa bumi berukuran 6.0 magnitud melanda pantai tengah Chile pada Ahad, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), lapor Anadolu Ajansi (AA).

Gempa berlaku pada 2134GMT dan berpusat sekitar 33 kilometer (20 batu) barat laut bandar pelabuhan Valparaiso, menurut USGS.

Gempa itu direkodkan pada kedalaman 25 kilometer.

Tiada laporan setakat ini mengenai kematian atau kerosakan besar susulan gegaran. – Bernama

Gempa bumi sederhana di Laut Bali Indonesia

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 dikesan berlaku di Laut Bali, Indonesia pada 2.10 pagi tadi.  Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran

Perbahasan hangat isu penubuhan Malaysia

(Bahagian Pertama) BULAN ini menyaksikan satu peristiwa penting dalam sejarah, iaitu pengesahan Perjanjian Malaysia oleh ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan