Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kemuncak sambutan Gawai Peringkat Negeri pada 21 Jun di Kuching
  • SEMASA

Kemuncak sambutan Gawai Peringkat Negeri pada 21 Jun di Kuching

Utusan Sarawak 5 hours ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyantuni tetamu pada Rumah Terbuka Hari Gawai Dayak 2026 di Kompleks UNIFOR, Kuching. 

KUCHING: Sambutan Hari Gawai Peringkat Negeri tahun ini akan berlangsung pada 21 Jun di Kuching dengan beberapa acara utama termasuk perarakan Niti Daun sehari sebelumnya.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata perarakan Niti Daun akan diadakan pada 20 Jun sebelum kemuncak sambutan Gawai Peringkat Negeri pada keesokan harinya.

Menurut beliau, Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dijadual menjadi tetamu kehormat pada majlis berkenaan manakala Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Amar Fadillah Yusof serta Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut dijangka hadir.

“Sambutan itu akan diakhiri dengan Majlis Makan Malam Negeri sebagai acara kemuncak Hari Gawai tahun ini,” katanya ketika ditemui pada Rumah Terbuka Hari Gawai Dayak di Kompleks Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), di sini hari ini.

Beliau berkata sambutan Hari Gawai terus menjadi platform penting untuk mempamerkan budaya, tradisi dan warisan masyarakat Dayak kepada rakyat pelbagai kaum.

“Tradisi ‘ngabang’ yang diamalkan masyarakat Sarawak menjadi lambang perpaduan apabila setiap perayaan diraikan bersama tanpa mengira kaum dan agama,” jelasnya.

Pada masa sama, beliau menyifatkan sambutan rumah terbuka yang dianjurkan hari ini sebagai amat menggalakkan apabila kehadiran pengunjung dipercayai melebihi sasaran awal sebanyak 2,000 orang.

“Kehadiran masyarakat pelbagai kaum dan agama membuktikan keharmonian yang menjadi kekuatan utama Sarawak terus kukuh dan terpelihara,” ujarnya.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Spekulasi persaraan Uggah terserah kepada Premier Sarawak, dakwaan diskriminasi kaum disifatkan tidak berasas
Next: Pengalaman wukuf di Arafah ibarat babak imbas kembali kehidupan – Jurey Latiff

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.