Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Korban Perdana Aidiladha 2026 satukan belia dan masyarakat Pusa
  • Tengah
  • WILAYAH

Korban Perdana Aidiladha 2026 satukan belia dan masyarakat Pusa

Utusan Sarawak 3 hours ago
DAYANG Noorazah menghadiri Program Korban Perdana Aidiladha 2026 yang dianjurkan Pergerakan Pemuda PBB Sarawak di Dataran Tandang Sari, Pusa, semalam. Foto ADUN Lingga

PUSA: Program Korban Perdana Aidiladha 2026 yang dianjurkan Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak di Dataran Tandang Sari, Pusa berjaya menghimpunkan golongan belia, pemuda dan masyarakat setempat dalam semangat gotong-royong serta kebersamaan sempena sambutan Aidiladha tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata program tersebut bukan sahaja bertujuan menunaikan ibadah korban, malah menjadi platform memperkukuh hubungan silaturahim dan semangat kesukarelawanan dalam kalangan masyarakat.

Menurut beliau, pengagihan daging korban kepada golongan asnaf, warga emas, ibu tunggal dan keluarga yang memerlukan memperlihatkan nilai keprihatinan serta semangat berkongsi rezeki yang menjadi teras sambutan Aidiladha.

“Aidiladha bukan sahaja mengajar erti pengorbanan dalam ibadah, malah turut menggambarkan pengorbanan dan komitmen berterusan pelbagai pihak dalam memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara,” katanya ketika menghadiri program berkenaan semalam.

Beliau berkata semangat pengorbanan itu turut dapat dilihat melalui usaha kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang terus menyediakan pelbagai pembangunan dan kemudahan untuk rakyat termasuk pembinaan jambatan baharu, pembangunan infrastruktur luar bandar, bekalan air serta kemudahan asas lain.

Dayang Noorazah berkata kehadiran pelbagai lapisan masyarakat dalam program berkenaan membuktikan semangat perpaduan dan kerjasama yang kukuh dalam kalangan penduduk, khususnya generasi muda di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga.

Dalam program tersebut, sebanyak lima ekor lembu dikorbankan untuk diagihkan kepada penduduk setempat. 

Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Dato Razaili Gapor.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Batu Danau sumbang lapan kerbau sempena Aidiladha
Next: Ibadah korban perkukuh perpaduan, eratkan silaturahim masyarakat Kabong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.