Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tapak perkhemahan Pengakap, Pandu Puteri di Matang capai 70 peratus siap
  • SEMASA

Tapak perkhemahan Pengakap, Pandu Puteri di Matang capai 70 peratus siap

Utusan Sarawak 4 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Bangunan Tun Openg, Ibu Pejabat Pengakap Sarawak Baharu di Jalan Batu Lintang, hari ini. Foto Shahrul Qaizat

KUCHING: Tapak perkhemahan Pergerakan Pengakap dan Persatuan Pandu Puteri di Matang yang dibangunkan kerajaan Sarawak kini telah mencapai kira-kira 70 peratus siap dan dijangka menjadi hab utama pembangunan belia serta aktiviti kokurikulum di negeri ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kemudahan yang dibangunkan di atas tapak yang pernah digunakan untuk penganjuran jambori itu bakal menyediakan ruang lebih sistematik bagi pelaksanaan program latihan, perkhemahan dan pembangunan kepimpinan generasi muda.

Menurutnya, tanah berkenaan telah diserahkan kepada Pergerakan Pengakap dan Persatuan Pandu Puteri untuk diurus serta dimanfaatkan sebagai pusat aktiviti kedua-dua organisasi tersebut.

“Bangunan yang sedang dibina di kawasan itu kini telah mencapai kira-kira 70 peratus siap dan selebihnya masih dalam proses pembinaan.

“Apabila siap kelak, ia akan menjadi kemudahan untuk kegunaan Pengakap dan Pandu Puteri dari seluruh Malaysia menjalankan aktiviti serta berkumpul di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Bangunan Tun Openg, Ibu Pejabat Pengakap Sarawak Baharu di Jalan Batu Lintang, hari ini.

Abang Johari yang juga Ketua Pengakap Sarawak berkata, penyediaan kemudahan tersebut mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memperkasakan pembangunan belia melalui aktiviti yang menekankan aspek kepimpinan, disiplin dan pembentukan sahsiah.

Beliau sebelum ini mengumumkan peruntukan RM12 juta bagi menaik taraf tapak perkhemahan berkenaan ketika merasmikan ‘Sarawak First Rover Moot’ di Tebingan Kuching pada Julai 2022.

Tapak perkhemahan itu dijangka menjadi antara kemudahan utama bagi menyokong pelaksanaan program peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa melibatkan Pergerakan Pengakap serta Persatuan Pandu Puteri pada masa hadapan.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Wartawan kekal relevan sebagai benteng maklumat sahih dalam era media sosial
Next: Amaran ribut petir di enam negeri hingga 5.00 petang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.