Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rosey zahir simpati terhadap 130 penghuni rumah panjang yang hilang tempat tinggal
  • Utara
  • WILAYAH

Rosey zahir simpati terhadap 130 penghuni rumah panjang yang hilang tempat tinggal

Utusan Sarawak 6 hours ago
MARI BANTU… Datuk Rosey Yunus ketika ditemui Utusan Sarawak dalam melawat melihat keadaan penduduk jagaannya dalam kejadian kebakaran Rumah Panjang Nelson Ningkan, hari ini.

NIAH: Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus melahirkan rasa sedih melihat nasib saudara Dayaknya yang tinggal sehelai sepinggang akibat kebakaran tersebut.

“Syukur kerana dalam kejadian kebakaran Rumah Panjang Tuai Rumah Nelson Ningkan di Saeh ini, tiada melibatkan kehilangan nyawa.

“Namun, sebanyak 21 pintu rumah musnah dan kira-kira 130 penghuni kini tinggal sehelai sepinggang,” katanya dalam nada sedih ketika ditemui Utusan Sarawak di sini pagi tadi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu berkata, perkara paling menyedihkan ialah penduduk rumah panjang berkenaan sudah membuat persiapan awal untuk menyambut Hari Gawai Dayak sebelum ditimpa musibah kebakaran.

“Kita berharap Tuai Rumah Nelson bersama semua penduduk di sini terus bersabar menghadapi dugaan ini dan menjadikan kejadian tersebut sebagai satu pengajaran.

“Kita perlu sentiasa berhati-hati terutama melibatkan penggunaan api dan elektrik. Kejadian ini harus menjadi peringatan kepada kita semua,” katanya.

Beliau turut menyeru orang ramai yang berkesempatan agar tampil menghulurkan sumbangan serta bersama-sama membantu mangsa kebakaran Rumah Panjang Nelson Ningkan.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Rumah panjang terbakar: Mugang nekad redah api selamatkan dokumen
Next: Gelanggang futsal Lakis bakal berwajah baharu melalui peruntukan RTP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.