Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rumah panjang terbakar kali kedua, TR Nelson Ningkan rayu bantuan
  • Utara
  • WILAYAH

Rumah panjang terbakar kali kedua, TR Nelson Ningkan rayu bantuan

Utusan Sarawak 6 hours ago
TERIMA KASIH… Datuk Rosey Yunus menyerahkan Bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Miri kepada Tr Nelson Ningkan yang ditimpa kejadian kebakaran di Saeh tengah malam tadi.

NIAH: Kegembiraan penduduk Rumah Panjang Nelson Ningkan, Saeh Putih bersedia menyambut Hari Gawai Dayak bertukar menjadi detik duka apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran buat kali kedua yang berlaku tengah malam tadi.

Tuai Rumah (TR) Nelson Ningkan ketika ditemui Utusan Sarawak hari ini berkata, sebanyak 21 pintu rumah panjang telah musnah dalam kebakaran tersebut dan kejadian itu merupakan kali kedua menimpa mereka.

“Kejadian kebakaran pertama adalah pada tahun 2004 dan usia rumah panjang yang musnah ini ialah 17 tahun.

“Tiada kemalangan jiwa, hanya terdapat seorang penghuni di sini mengalami kecederaan ringan yang melecur di bahagian bahu kiri.

“Dalam kejadian tersebut, api marak dengan cepat sehingga menyebabkan rumah panjang berkenaan tidak dapat diselamatkan,” katanya.

Tambahnya, kejadian itu berlaku bermula dari bahagian belakang bilik nombor 12.

“Kejadian bukan punca daripada dapur gas atau dapur elektrik, ia disyaki berpunca daripada dapur kayu.

“Jika ada saudara mara dan syarikat-syarikat yang mengenali saya bolehlah tampil menyalurkan bantu kepada kami yang mangsa kebakaran rumah panjang,” katanya lagi.

Utusan Sarawak difahamkan bahawa mangsa yang tinggal sehelai sepinggang selepas kebakaran itu kini menumpang sementara di rumah saudara-mara berdekatan.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sambutan Hari Gawai Dayak simbol pengiktirafan dan wadah penyatuan masyarakat
Next: Tiga cedera selepas lori terbabas di Jalan Lubok Subong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.