Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pembangunan infrastruktur dan kemudahan pendidikan di DUN Kabong terus diambil perhatian
  • Tengah
  • WILAYAH

Pembangunan infrastruktur dan kemudahan pendidikan di DUN Kabong terus diambil perhatian

Utusan Sarawak 7 hours ago
PENYERAHAN TAPAK… Dato Mohd Chee Kadir semasa menyaksikan majlis penyerahan tapak projek naik taraf tandas murid dan guru di SK Saint Paul Roban, semalam. Foto ADUN Kabong

ROBAN: Usaha meningkatkan kualiti kemudahan pendidikan terus diberi perhatian apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir menyaksikan majlis penyerahan tapak projek naik taraf tandas murid dan guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Saint Paul Roban, semalam.

Projek bernilai RM150,000 itu diserahkan kepada Syarikat Hasmad Enterprise yang akan melaksanakan kerja menaik taraf kemudahan tandas sekolah berkenaan bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif.

Majlis penyerahan tapak tersebut berlangsung di SK Saint Paul Roban dengan kehadiran wakil agensi pelaksana, pihak kontraktor serta warga sekolah.

Menurut Chee Kadir, projek berkenaan merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan kemudahan asas di institusi pendidikan sentiasa berada pada tahap terbaik.

Beliau berkata, aspek kebersihan dan keselesaan tandas sekolah memainkan peranan penting dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat serta menyokong kesejahteraan murid dan guru.

“Penyediaan kemudahan yang sempurna bukan sahaja meningkatkan keselesaan pengguna, malah membantu membentuk persekitaran sekolah yang lebih kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan sentiasa peka terhadap keperluan sekolah termasuk penyelenggaraan dan penambahbaikan infrastruktur yang memberi manfaat secara langsung kepada warga pendidikan.

Beliau turut berharap pihak kontraktor dapat melaksanakan projek tersebut mengikut spesifikasi dan jadual yang ditetapkan agar manfaatnya dapat dinikmati dalam tempoh yang dirancang.

Chee Kadir berkata kejayaan pelaksanaan projek seperti ini memerlukan kerjasama erat antara semua pihak termasuk agensi pelaksana, kontraktor dan pihak sekolah.

Katanya, apabila siap kelak, projek naik taraf itu dijangka meningkatkan tahap keselesaan serta kebajikan seluruh warga SK Saint Paul Roban, sekali gus memperkukuh usaha kerajaan dalam menyediakan kemudahan pendidikan yang berkualiti di kawasan luar bandar.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jualan Rahmah MADANI sempena Hari Gawai ringankan beban penduduk DUN Krian
Next: Sambutan Hari Gawai Dayak simbol pengiktirafan dan wadah penyatuan masyarakat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.