
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri hingga 7.00 malam ini.
Dalam kenyataan dikeluarkan petang ini, MetMalaysia memaklumkan negeri terlibat ialah Kedah (Sik dan Baling), Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh), serta Terengganu (Besut dan Setiu).
Keadaan sama turut dijangka melanda Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin) serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi).
Di Sarawak, cuaca buruk itu melibatkan kawasan di Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau) dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi).
Sementara itu, di Sabah kawasan terlibat ialah di Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu).- Bernama