Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ibadah korban didik umat Islam bersyukur, ikhlas dan prihatin – ADUN Kabong
  • Tengah
  • WILAYAH

Ibadah korban didik umat Islam bersyukur, ikhlas dan prihatin – ADUN Kabong

Utusan Sarawak 9 hours ago
DATO Mohd Chee Kadir menyampaikan daging korban pada majlis Penyembelihan dan Agihan Daging Korban di Masjid Lebai Mat, Kampung Emplam dan Masjid Ar-Rahman Kampung Sessang, semalam. Foto ADUN Kabong

KABONG: Ibadah korban bukan sekadar menuntut pengorbanan harta dan tenaga, malah menjadi medium penting dalam mendidik umat Islam supaya sentiasa bersyukur, ikhlas serta memiliki sifat prihatin dan saling membantu antara satu sama lain.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, penghayatan terhadap ibadah korban mampu menyemai nilai murni yang menjadi asas kepada pembentukan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis Penyembelihan dan Agihan Daging Korban di Masjid Lebai Mat, Kampung Emplam bersama isteri, Datin Meryani Yassin, semalam.

Majlis anjuran Jawatankuasa Pengurusan Masjid Lebai Mat Kampung Emplam itu menyaksikan sebanyak tiga ekor lembu dikorbankan bagi memenuhi tuntutan ibadah korban sempena Aidiladha tahun ini.

Kehadiran Chee Kadir bersama rombongan turut menyerlahkan sokongan berterusan terhadap usaha mengimarahkan syiar Islam selain memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat setempat.

Pada majlis berkenaan, beliau turut bersetuju menyalurkan peruntukan bagi pembelian karpet atau permaidani baharu untuk dipasang di Masjid Lebai Mat Kampung Emplam demi keselesaan para jemaah dan penduduk kampung.

Selepas itu, beliau bersama rombongan meneruskan program ke Masjid Ar-Rahman Kampung Sessang bagi menghadiri Majlis Agihan Daging Korban Tahun 2026 yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Masjid Ar-Rahman.

Sebanyak tiga ekor lembu turut dikorbankan di masjid tersebut untuk diagihkan kepada penduduk kampung serta golongan yang memerlukan, sekali gus membolehkan lebih ramai menerima manfaat daripada ibadah berkenaan.

Menurut Chee Kadir, amalan korban yang dilaksanakan setiap tahun bukan sahaja menghidupkan syiar Islam, malah memperkukuhkan hubungan silaturahim dan semangat gotong-royong dalam kalangan masyarakat.

Beliau berharap sambutan Aidiladha tahun ini akan terus menjadi pemangkin kepada perpaduan masyarakat, di samping menyemai nilai kasih sayang, keprihatinan dan semangat saling membantu dalam kalangan penduduk di kawasan DUN Kabong.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM Saratok salur bantuan segera kepada mangsa pokok tumbang di Lubok Renit
Next: Enam ekor lembu korban sumbangan DUN Simanggang sempena Aidiladha

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.