Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ibadah korban pupuk semangat perpaduan dan ukhuwah – Ahmad Johnie
  • Tengah
  • WILAYAH

Ibadah korban pupuk semangat perpaduan dan ukhuwah – Ahmad Johnie

Utusan Sarawak 10 hours ago
RAKAM KENANGAN … Ahmad Johnie Zawawi bergambar kenangan bersama penduduk kampung pada majlis Ibadah Qurban 2026M/1447H anjuran Jawatankuasa Surau Darul Makmur Kampung Itol Daro dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Itol, Daro, semalam.

SIBU: Ibadah korban bukan sekadar penyembelihan haiwan sempena Aidiladha, sebaliknya membawa makna pengorbanan, keikhlasan dan semangat berkongsi rezeki sesama masyarakat terutama golongan memerlukan.

Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi berkata, nilai perpaduan dan silaturahim dalam kalangan masyarakat juga perlu terus diperkukuhkan menerusi sambutan Aidiladha.

RAMAH MESRA…. Ahmad Johnie Zawawi beramah mesra dengan penduduk Kampung Itol.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis Ibadah Qurban 2026M/1447H anjuran Jawatankuasa Surau Darul Makmur Kampung Itol Daro dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Itol, Daro, semalam.

Pada majlis tersebut, Ahmad Johnie turut mengedarkan masakan kari daging korban kepada golongan asnaf dan penduduk yang hadir sebagai simbol kebersamaan serta semangat ukhuwah sempena Aidiladha.

AGIH… Ahmad Johnie Zawawi mengagih masakan kari daging korban kepada golongan asnaf dan penduduk yang hadir

Majlis itu berlangsung dalam suasana meriah dengan kehadiran penduduk kampung dan jawatankuasa surau yang bersama-sama menjayakan program berkenaan.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kursus WA buka lembaran baharu pembangunan olahraga luar bandar
Next: Surau Darul Huda IPD Sibu terus diimarahkan dengan Solat Sunat Dhuha

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.